BREAKING NEWS
latest

728x90

468x60

header-ad
Showing posts with label Riadah. Show all posts
Showing posts with label Riadah. Show all posts

Tumpik Piza No.1 Sarawak

TUMPIK sinonim sebagai makanan yang dipebuat daripada tepung sagu. Ia dianggap piza No. 1 Sarawak, kerana keenakan dan makanan tradisi masyarakat sejak dari dahulu lagi.

Tidak hairan ika tumpik pernah menjadi juadah utama bagi menggantikan ubi kayu dan beras ketika penduduk berdepan kesukaran pada zaman perang dunia kedua suatu ketika dahulu. 

Piza Sarawak ini, dianggap makanan kesihatan kerana mengandungi  karbohidrat, protein, serat, kalsium serta zat besi yang baik untuk kesihatan.

Malah ia mampu mencegah pelbagai penyakit termasuk saluran darah tersumbat, perut kembung dan kanser usus.


Di Bintangor, Sarawak  usahawan tumpik Abang Saini Abang Bantin, 78, dan isterinya, Dayang Rahmah Abang Hashim, 68, dianggap pakar tumpik yang menjadi kegilaan seluruh masyarakat sekitar.

Bekas pemandu Jabatan Pertanian memulakan perniagaan tumpik pada 1996 ini bergelumang dalam perniagaan tumpik selama 21 tahun sentiasa menekankan kualiti dari segi rasa, keenakan dan sentuhan tersembunyi.


"Kita pada hari ini mungkin lebih kenal burger dan piza tetapi tidak tumpik. 
Tumpik makanan tradisi semakin pupus dan lenyap begitu saja. Kalau kita kita mempertahan dan mempopularkannya, siapa lagi,"  katanya.

Gerai Abang Saini terletak di Jalan Teo Kin Ngo, bersebelahan pasar basah Bintangor.
Gerai tumpik dibukanya di tengah-tengah pasar Bintangor dibuka bermula jam 6 pagi hingga tengah hari.


Dia menyediakan sekurang-kurangnya 150 tumpik sehari bagi memenuhi keperluan pelanggan yang meningkat pada hujung minggu dan musim cuti persekolahan.

Dengan harga RM2.50 hingga RM4 sekeping, gerai tumpik Abang Saini bukan sahaja dikunjungi masyarakat Melayu dan Melanau malah, kaum Cina dan Iban juga amat menggemarinya. 

Mengenai masakan katanya, ia hanya menggunakan kelapa parut dan tepung sagu dengan campuran itu kemudian dimasak antara 10 hingga 15 minit di atas kuali tembaga.

"Tumpik enak dimakan ketika masih panas dan rasanya lebih sedap jika dicelup bersama gula apong.

"Untuk sedikit kelainan, saya menyediakan tumpik istimewa dengan mengguna isi udang segar. Bagaimana pun, resepi asalnya tetap dikekalkan bagi menjamin keaslian rasanya.

"Juadah ini agak menjadi agak keras jika sejuk. Sebab itulah, ia enak dimakan ketika masih panas. Rasanya lebih sedap jika dicelup bersama gula apong. Namun, tidak lengkap tanpa kopi, teh atau milo panas. Pendek kata, sekali rasa memang nak lagi," katanya.

Muzium hidup No.1 di Malaysia



By Aszman Alim

Dikenali sebagai 'Muzium Hidup', Kampung Budyaa Sarawak dibina untuk melindungi dan menunjukkan warisan budaya Sarawak.

Terletak di Pantai Damai, Santubong, hanya 32km dari Kuching, ia adalah tempat yang sesuai untuk mempelajari budaya dan cara hidup masyarakat setempat.

Berkeluasan 17 ekar, terdapat 150 orang yang tinggal di perkampungan ini, menunjukkan aktiviti harian tradisional dari pelbagai suku kaum di Sarawak seperti cara memproses sagu dan membuat kraftangan. Mereka memakai pakaian tradisional dan menari untuk menghiburkan tetamu.
Penduduk kampung ini menyediakan maklumat mengenai pelbagai budaya tradisional dan cara hidup mereka. Anda boleh melihat replika bangunan yang melambangkan setiap kumpulan etnik utama di Sarawak; rumah panjang orang Iban, Bidayuh dan Orang Ulu, rumah tinggi orang Melanau dan juga ladang orang Cina.

Perkampungan ini juga mempunyai teater, di mana anda boleh menikmati persembahan tarian pelbagai budaya. Selain daripada itu, terdapat sebuah restoran dan kedai menjual kraftangan. Anda juga boleh berkahwin di Perkampungan Budaya Sarawak, mengikut gaya tradisional Iban, Melayu, Bidayuh atau Orang Ulu.

Rumah panjang orang Iban mempunyai bilik berasingan yang terletak bersebelahan, semuanya terbuka menjadi dewan kemasyarakatan, yang digunakan untuk aktiviti riadah seperti mengukir kayu dan menganyam bakul.

Tetamu seringkali dijemput untuk menghadiri majlis-majlis pada setiap malam dan minum air tapai yang kuat, tuak, yang dibuat sendiri oleh orang Iban. Rumah tetamu yang selesa juga disediakan untuk pelawat.

Makan Kokokrunch dengan mangkuk Raja Boti

Kokokrunch di mangkuk Raja Boti

Saya sungguh beruntung, karena Raja Boti menghadiahkan mangkuk dan sendoknya yang terbuat dari tempurung kelapa akhir Mei 2015 lalu saat saya menjenguknya di Timor Tengah Selatan. Mangkuk tradisional-organik ini sering dengan sengaja saya gunakan menyantap 'makanan orang kota' seperti Kokokrunch ini, menurut anda bagaimana rasanya?

Makan ikan Jembong bakar

Ikan Jebong

PUISI SENDAWA-Makan ikan Jebong Bakar bumbu, ikan kerisi bakar dan cah kangkung dalam sepoi angin Pantai Tanjung Kelayang, Belitong, adalah sensasi puisi rasa lainnya dari negeri laskar pelangi yang tak tertuliskan. @alexandermering #puisisendawa

Makanan khas kesepuhan

Apel

Ini bukan buah apel yang dipetik dari pohon, tetapi makanan khas kesepuhan yang terbuat dari pisang tanduk yang masih hijau (yang kaya vitamin, kalium dan pospor, dll) dikupas dan dibakar, lalu ditumbuk dalam dulang, dan dicampur nasi serta ditaburi garam secukupnya.

Keragaman pangan seperti ini mulai tidak populer dan perlahan-lahan punah, menyusul kebijakan revolusi hijau yang dicanangkan oleh rezim Soharto. Politik hegemoni pangan era ORBA ini menaikan popularitas padi (yang justru menyumbang tingginya angka DM di Indonesia). Apa jenis pangan lokal yang masih ada di kampung anda?

Jamu selera dummy