BREAKING NEWS
latest

728x90

468x60

header-ad
Showing posts with label Jenayah. Show all posts
Showing posts with label Jenayah. Show all posts

Bayi 17 bulan disyaki didera


SIBU: Seorang bayi berusia 17 bulan disyaki didera selepas mengalami kesan pendarahan pada serebrum dan pendarahan mata dikesan.

Ia dikesan Hospital Sibu setelah mereka menerima pesakit (bayi) dari Hospital Kanowit dengan tujuan mengimbas otak bayi pada 18 Februari.

Ketua Polis Daerah Kanowit DSP Tega Bilong berkata, bayi tersebut dirawat di Unit Rawatan Rapi Kanak-kanak di Hospital Sibu dan telah menjalani pembedahan otak.

"Pemeriksaan menunjukkan pendarahan otak dan pendarahan mata yang disebabkan oleh gegaran atau penderaan anak.

"Tidak ada tanda-tanda kecederaan lain yang ditemukan di tangan, kaki atau badan bayi," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, pihak hospital telah dinasihatkan untuk membuat laporan polis setelah pemeriksaan mendapati pendarahan mata yang serius dan pendarahan serebrum.

Ibu berusia 28 tahun itu menyatakan bahawa bayinya ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri setelah disyaki jatuh ketika bermain dengan memanjat tingkap kayu di rumah sementara ibu bapa keluar membeli barang keperluan di pasar.

"Ibu bapa membawa bayi itu dengan motosikal ke Hospital Kanowit untuk mendapatkan rawatan," kata Tega.

Beliau berkata, polis juga telah menyoal datuk mangsa yang memberitahu bahawa dia keluar untuk membeli ayam semasa nenek mangsa berada di rumah.

Dia mengatakan bahawa dia telah mendengar bunyi sesuatu jatuh dan segera masuk ke rumah di mana dia mendapati mangsa dalam keadaan separuh sedar.

Nenek mangsa dikatakan telah meletakkan mangsa di pangkuannya sementara menunggu bantuan tiba.

Difahamkan, rumah mangsa tidak mempunyai bekalan elektrik atau air bersih.

“Rumah itu dalam keadaan uzur di mana lantainya tidak rata dan ada lantai tinggi di rumah. Rumah itu juga dihuni oleh tujuh orang dan ibu mangsa mempunyai dua anak dari perkahwinan sebelumnya.

"Ibu mangsa telah berkahwin semula selama tiga tahun dan suami dan isteri tidak mempunyai pekerjaan tetap," kata Tega.

Dia mengatakan bahawa mangsa masih menerima rawatan di ICU Kanak-kanak Hospital Sibu.

"Tidak ada tangkapan yang dibuat sehingga laporan perubatan dari Hospital Sibu mengesahkan bahawa kecederaan mangsa," kata Tega.

Kes disiasat di bawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001.

11 dicekup main judi Tuo Gee


SIBU: Seorang wanita termasuk 11 dicekup bermain judi jenis ‘Tuo Gee’ di Tingkat 1, Jalan Bank, Sibu semalam.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata, kesemua suspek turut dikeluarkan kompaun atas kesalahan berhimpun bagi maksud sosial iaitu tidak mengamalkan penjarakan fizikal dan melakukan aktiviti terlarang iaitu berjudi.

Menurutya, mereka ditahan berusia 42 jhingga 80 tahun sepasukan anggota D7 BSJD Sibu serta barang kes dirampas.
"Antara yang dirampas meja kayu, kerusi, biji buah Tuo Gee, buah dadu, cip pelbagai warna, biji buah petunjuk dan wang tunai pertaruhan sejumlah RM305," katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, kesemua suspek diberi jamin polis selepas selesai rakaman percakapan arahan KPD Sibu atas faktor kesesakan di lokap dan faktor keselamatan risiko jangkitan Covid - 19.

Masalah penyalahgunaan dadah di daerah Bau terkawal


BAU: Masalah penyalahgunaan dadah di daerah Bau masih terkawal melalui operasi berterusan yang dijalankan Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Bau.

Ketua Polis Daerah Bau DSP Poge Nyaon berkata,sepanjang tempoh Januari hingga pertengahan Februari tahun ini sebanyak 10 kes penyalahgunaan dadah dicatatkan dengan 18 tangkapan dilakukan kerana memiliki dadah di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

"Sebanyak 32 ujian ujian air kencing dijalankan kerana penyalahgunaan dadah di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,"katanya di sini hari ini.

Katanya, mereka ditangkap penyalahgunaan dadah di daerah Bau berumur antara 18 hingga 47 tahun dengan majoritinya lelaki.

"Kita akan melakukan operasi dari semasa ke semasa bagi membanteras musuh nombor satu negara ini, dadah dipercayai dibawa masuk ke daerah ini melalui bandaraya Kuching,"tegasnya.

Pandu kereta secara melulu, polis terpaksa lepas tembakan

 

LAWAS: Pihak polis terpaksa melepaskan tembakan di bahagian tayar bagi menghentikan sebuah kereta dipandu seorang wanita warganegara Brunei yang cuba melarikan diri dipercayai tidak mengecop pasport ketika memasuki negeri ini melalui sempadan Mengkalap, di sini, hari ini.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail berkata, tindakan itu dilakukan kerana wanita berusia 28 tahun itu memandu secara melulu dan membahayakan keselamatan awam.




"Pihak kita mengejar kereta terbabit mulai sempadan Mengkalap hingga ke bandar Lawas," katanya di sini hari ini.

Katanya, pihak polis telah cuba menghentikan kereta tersebut tetapi pemandunya telah merempuh kereta pihak polis.

Tayar kereta ditembak, wanita rempuh
sempadan mahu 'cari hiburan'

Sementara itu, dalam satu kenyataan media Ketua Polis Daerah Lawas DSP Roslan Leman berkata pihaknya menahan seorang wanita warganegara Brunei yang merempuh sempadan di Kompleks Imigresen, Kuarantin dan Keselamatan I-C-Q-S Merapok, pagi tadi.

Suspek berusia 28 tahun dikatakan memandu seorang diri masuk dari Mengkalap, Brunei-Lawas-Sipitang, Sabah kerana untuk 'mencari hiburan'. 

DSP Roslan berkata, kejadian berlaku kira-kira 10.30 pagi apabila kereta dari arah Sindumin, Sabah tiba-tiba merempuh sempadan sebelum terus memecut ke Bandar Lawas. 

Menurutnya, suspek terbabit ternyata membahayakan pihak berkuasa yang bertugas di sempadan berkenaan namun tiada kemalangan dilaporkan. 

"Ekoran itu, berlaku adegan mengejar berkelajuan tinggi kira-kira setengah jam sehingga menyebabkan kenderaan pasukan mengalami kerosakan akibat digesel oleh wanita tersebut sebelum kereta itu berjaya dihentikan.

"Pihak polis terpaksa melepaskan tembakan ke arah tayar kereta berkenaan untuk memastikan suspek tidak melarikan diri," katanya dalam kenyataan.

Belau berkata, hasil pemeriksaan lanjut, suspek didapati memiliki kad pengenalan negara Brunei namun tidak memiliki passport. 

Menurutnya, suspek pernah menjadi pelajar Bachelor of Arts di Universiti Brunei Darussalam namun diberhentikan pada 20 Disember 2018 kerana gagal salah satu sabjek major.

'Curi' masuk Sarawak secara solo


KUCHING: Hajat seorang warga asing masuk ke Sarawak menggunakan jalan tikus tidak kesampaian.

Suspek cuba memasuki menerusi jalan tikus di Kawasan Tanggungjawab (KTJ) pos Komtek Telok Melano sekitar jam 8.30 pagi tadi.

Komander Briged PGA Sarawak SAC Mancha Ata berkata, suspek Pasukan Gerakan Am (PGA) Kompeni B Batalion 10 ketika membuat rondaan Op Benteng di lokasi tersebut sekitar jam 8.30 pagi.
 
Menurutnya, suspek ketika diperiksa gagal menunjukkan sebarang dokumen sah perjalanan.

"Individu tersebut kemudian diarahkan untuk kembali ke negara asal sambil diiringi petugas Komtek," katanya menerusi satu kenyataan.

Individu terssebut berusia 21 tahun dan berasal dari Arung Parak Indonesia.

Tndakan pengusiran dilakukan selaras di bawah Sek 6 (1) Akta Imigresen 1959 (Akta 155) dan Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Guna pasport tamat tempoh

 


SERIAN: Seorang kanak-kanak berusia lapan tahun antara dua yang diusir memasuki Sarawak Jumaat lalu.

 

Kedua-dua mereka dikesan oleh pasukan rondaan ketika melakukan pemeriksaan terhadap sebuah van sewa di Kilometer 12 Kampung Tema Saan, Tebedu sekitar jam 10.45 pagi pada Jumaat.

 

Komander Briged Pasukan Gerakan Am (PGA) Sarawak SAC Mancha Ata berkata, mereka masing-masing berusia lapan tahun dan 23 tahun diarahkan berpatah balik selepas didapati membawa dokumen perjalanan yang tamat tempoh.

 


Menurutnya, mereka diarahkan pulang ke negara asal menerusi pintu masuk sempadan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Tebedu.

 


"Operasi pengusiran kedua-dua kes tidak melibatkan sebarang kekerasan dan sentuhan tubuh badan sepanjang pemeriksaan dilakukan," katanya.

11 dicekup main See Kee Pui, ‘Mah Jong’, ‘Tuo Gee’

SIBU:  Seramai 11 ditahan didapati bermain judi ‘See Kee Pui’, ‘Mah Jong’ dan ‘Tuo Gee’di sebuah premis Tingkat 2, Lorong Hii Kah Tung, semalam.

Ketua Polis Derah Sibu Asisten Komissioner Polis (ACP) Stanley Jonathan Ringgit berkata, sepasukan anggota D4 BSJD Sibu turut menangkap tujuh lelaki tempatan yang berada di dalam premis yang sama semasa serbuan. 

"Kesemua subjek dibawa balik ke Balai Polis Sentral Sibu untuk tindakan lanjut.

"Suspek turut telah keluarkan kompaun di atas kesalahan berhimpun bagi maksud sosial iaitu tidak mengamalkan penjarakan fizikal dan melakukan aktiviti terlarang iaitu berjudi," katanya dalam kenyataan media.

Beliau berkata, kesemua suspek diberi jamin polis selepas selesai rakaman percakapan arahan KPD Sibu atas faktor kesesakan di lokap dan faktor keselamatan risiko jangkitan Covid - 19.

"Barang kes akan dihantar kepada pakar judi untuk dianalisa bagi mendapatkan Laporan Pakar Judi," katanya.

Maut tertembak diri sendiri

KANOWIT: Seorang lelaki maut dipercayai tertembak diri sendiri ketika keluar memburu binatang di kawasan hutan Latong, Machan, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian jam 8 malam itu,mangsa berusia 30 tahun keluar memburu menggunakan senapang patah bersama tiga lagi rakannya.

Ketua Polis Daerah Kanowit, DSP Tega Bilong berkata, setibanya di lokasi
mangsa yang membawa senapang patah berjalan di hadapan dan diekori oleh rakan mangsa yang lain di belakang.

"Setelah beberapa minit memasuki hutan,tiba-tiba rakan-rakannya yang lain 
terdengar bunyi letupan senjata api dari arah mangsa yang ketika itu berada lebih kurang dalam jarak 10 Meter di hadapan.

"Rakan mangsa bergegas ke arah bunyi letupan dan mendapati mangsa berada dalam keadaan berlumuran darah," katanya dalam kenyataan hari ini 

Katanya,rakan mangsa kemudian 
bergegas membawa mangsa ke hospital Kanowit bagi mendapatkan rawatan lanjut.

"Namun mangsa telah disahkan meninggal oleh pihak perubatan ketika mendapat rawatan di wad kecemasan sekitar jan 11.15 malam.

"Mayat mangsa dibawa ke rumah mayat hospital Sibu untuk bedah siasat dan
laporan polis dibuat untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Beliau berkata, kes diklasifikasikan sebagai Mati Mengejut (SDR) dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Rasuah : Tujuh kakitangan JPJ ditangkap


JOHOR BAHRU , 21 Februari - Kaunter hadapan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dikenalpasti antara yang mudah terdedah kepada aktiviti jenayah terutama membabitkan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa.

Sarawak Update difahamkan isu paling kerap berlaku ialah perbuatan salahguna kuasa oleh kakitangan dengan menceroboh sistem JPJ.


Susulan maklumat tersebut, SPRM Negeri Johor telah menahan seramai tujuh petugas kaunter JPJ Negeri Johor hari ini bagi membantu siasatan berhubung urusan cukai jalan Lesen Kenderaan Motor (LKM) melibatkan lebih 1,000 jenis kenderaan bermotor.

Menurut sumber, mereka terdiri daripada lima lelaki dan dua wanita yang berusia antara 27 hingga 42 tahun.


Sumber berkata, kesemua kakitangan yang ditahan tersebut bertugas di JPJ Negeri Johor. Mereka dipercayai telah memanipulasi sistem MYSIKAP bagi urusan cukai jalan LKM yang mana jumlah ketirisan kutipan cukai jalan JPJ Negeri Johor mencecah RM3.1 juta dalam tempoh enam bulan iaitu bermula Julai hingga Disember 2019.


Dalam pada itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Dato' Sri Azam Baki yang kini berada di Johor Bahru bagi menghadiri mesyuarat bersama SPRM Johor telah mengesahkan tangkapan tersebut.

Menurut beliau, kesemua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru esok bagi proses reman dan kes siasatan dijalankan di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.


Mengulas lanjut, beliau berkata, siasatan ini bermula hasil makluman dan kerjasama yang baik oleh Bahagian Integriti dan Pejabat Ketua Pengarah JPJ.

"SPRM akan meneruskan kerjasama dengan JPJ agar langkah pematuhan dan penambahbaikan proses kerja dapat dilakukan sebagai langkah mengelakkan kegiatan rasuah ini berulang khususnya ia menyebabkan ketirisan hasil kerajaan.

"Perkara ini telah dibincangkan dengan Ketua Pengarah JPJ sebelum ini dan perkongsian maklumat seumpama ini dapat meningkatkan integriti dan tadbir urus jabatan sekali gus menutup ruang dan peluang rasuah," katanya.


Justeru itu, beliau menyeru mana-mana pihak atau agensi untuk memberi maklumat kepada SPRM seperti yang dilakukan oleh pihak Ketua Pengarah JPJ ini.

Sementara itu, Dato' Sri Azam juga menyeru agar masyarakat yang berurusan di kaunter-kaunter jabatan untuk ambil peduli dan sentiasa memeriksa resit-resit selepas melakukan urusan di kaunter atau pun ejen-ejen yang dilantik.

Wartawan ditumbuk rakam gambar kemalangan maut


KUCHING: Seorang wartawan sebuah akhbar berbahasa Cina dipercayai ditumbuk kerana merakamkan kejadian kemalangan jalan raya di sebuah kawasan tapak projek perumahan belakang Stesen Minyak Petronas, Ulu Bintawa petang tadi.

Mangsa telah didatangi dan dimarahi tiga lelaki kerana merakamkan mangsa kemalangan yang maut di tempat kejadian sekitar jam 2.50 petang.

"Mereka meminta supaya memadamkan gambar yang telah diambil.

"Telah berlaku pertengkaran diantara wartawan berkenaan dengan tiga lelaki dan wartawan berkenaan telah ditumbuk kerana masih terdapat gambar mangsa kemalangan di dalam telefon bimbit wartawan berkenaan," katanya.

Beliau berkata, wartawan berkenaan juga diberi amaran supaya tidak menyiarkan kejadian berkenaan.

"Wartawan yang ketakutan telah tampil membuat laporan polis. Beliau berbangsa Cina tempatan dan berumur 45 tahun," katanya.

Kes disiasat di bawah seksyen 323 Kanun Keseksaan dan 506 Kanun Keseksaan.

Kes masih dalam siasatan.

Terdahulu, seorang pemandu lori maut dirempuh sebuah kenderaan Toyota Hilux yang dipandu secara mengundur oleh seorang supervisor tapak pembinaan di Jalan dalam kawasan Tapak Projek Perumahan Darul Hana, Petra Jaya petang tadi.

Ketika kejadian pemandu Hilux memandu mengundur untuk keluar dari kawasan pembinaan sebelum terlanggar Bong Kai Feng 28, ( pejalan kaki) yang sedang berdiri di belakang lori dipandu.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Superintenden Alexson Naga Chabu berkata, akibat pelanggaran tersebut mangsa telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala oleh paramedik Hospital Umum Sarawak(HUS) yang tiba di lokasi pada jam 2.10 petang.

"Kemalangan dipercayai berlaku apabila mangsa iaitu pejalan kaki yang sedang berdiri di belakang lori dipandunya sementara menunggu masa untuk menurunkan muatan tar bagi pembinaan jalan raya.

"Mangsa telah tersepit selepas 4WD jenis Toyota Hilux yang sedang mengundur telah terlanggar simati," katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, pemandu Hilux adalah supervisor bagi projek pembinaan jalan raya ini.

Beliau tidak mengenali mangsa dan tidak menyedari ada orang di belakang kenderaannya .

"Mayat telah dihantar ke Unit Forensik HUS, untuk ujian Covid sebelum bedah siasat dijalankan. 

"Kedua-dua kenderaan ditahan untuk siasatan lanjut," katanya.


Putus tangan ditetak berebut rumah


SIBU: Seorang lelaki berusia 28 tahun dari Bawang Assan putus tangan kiri ditetak  seorang warga emas di Hua Kiew Road malam tadi.

Sehingga berita ini ditulis, tangan kiri mangsa masih belum dijumpai. 

Mangsa tinggal di sebuah rumah kosong bersama-sama teman wanitanya dan suspek sejak dua hari yang lalu. 

Saspek, seorang bekas juruteknik yang telah bersara berusia 59 tahun tidak berpuas hati kerana mereka menumpang rumah itu.

Malam tadi, suspek dan mangsa bertengkar dan suspek menggunakan parang dan menetak tangan kiri mangsa. 

Mangsa melarikan diri dengan teman wanita untuk meminta bantuan sebelum rebah di jalan raya. 

Seorang jiran mendengar kekecohan itu datang menolong dan menghubungi ambulans.

Polis pergi ke lokasi kejadian sekitar jam 8 malam, tetapi suspek sudah melarikan diri.

Polis cuba mencari tangan mangsa tetapi tidak menemui.

Jiran mengatakan bahawa suspek mengalami kemurungan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Saspek mempunyai rekod jenayah lampau. 

Dikejar polis sampai langgar pembahagi jalan

KUCHING: Selepas aksi mengejar berkelajuan tinggi, pihak polis akhirnya berjaya melakukan tangkapan terhadap tiga lelaki yang cuba melarikan diri daripada diperiksa selepas melanggar pembahagi jalan di pasar Sungai Apong, di sini, tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Padawan Superintendan Aidil Bolhassan berkata, ketiga-tiga suspek berusia antara 29 hingga 39 tahun ditangkap menerusi Ronda Cegah Jenayah (URB) jam 12.30 tengah malam.
"Anggota URB telah nampak sebuah kereta jenis proton saga FLX warna putih berlegar-legar dalam kedaan mencurigakan di perkarangan Hotel Roxy. 

"Apabila hendak ditahan tujuan pemeriksaan, kenderaan memecut laju, kenderaan berjaya ditahan setelah terbabas melanggar pembahagi jalan di hadapan pasar Sungai Apong," katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, turut dirampas ialah kereta yang digunakan ketiga-tiga suspek, seunit air kompressor, empat pemutar skru, dua pemotong wayar dan sebilah pisau pemotong. 
   
"Ketiga-tiga suspek dibawa ke balai untuk tindakan selanjutnya,"ujarnya.

Ketiga-tiga suspek ditangkap di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas. 

Kantoi sembunyi anak dalam but kereta

PULAU PINANG (SEBERANG JAYA): Cubaan seorang wanita yang menyembunyikan anak tirinya di dalam but kereta untuk merentas daerah tidak berhasil selepas dikesan polis dalam sekatan jalan raya di Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE) di sini petang Rabu.

Dalam kejadian jam 5 petang itu, wanita berusia 35 tahun yang memandu kereta jenis Proton Waja bersama rakan anak tirinya datang dari arah Butterworth menuju ke sebuah pasar raya di Seberang Jaya di sini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata, ketika pemeriksaan anggota polis mendapati wanita itu kelihatan mencurigakan sebelum mengarahkannya berhenti di bahu jalan untuk pemeriksaan lanjut.

Menurutnya, pemeriksaan di bahagian but belakang menemui anak tirinya berusia 14 tahun sedang baring menyembunyikan diri dan memberikan alasan tindakan itu hanya untuk elak daripada ditahan berikutan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Mereka memberi alasan mahu ke pasar raya untuk membeli pakaian.

"Bagaimanapun wanita berkenaan gagal menunjukkan permit pergerakan merentas daerah dan dikompaun kerana ingkar dengan SOP PKP," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.

Shafee berkata, tindakan kompaun diambil mengikut Peraturan 16 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021, manakala anak tiri dan rakannya diberikan amaran kerana masih di bawah umur.

Katanya, mereka juga telah diarahkan berpatah balik setelah tindakan kompaun diambil.

Tular gambar seorang remaja lelaki di laman sosial yang ditemui di dalam but kereta semasa sekatan jalan raya.

Rata-rata warganet beranggapan perbuatan remaja berkenaan adalah taktik terbaharu untuk merentas negeri dan daerah bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

Pelombong bitcoin ditangkap curi karan

MIRI: Lima premis kedai dipercayai mencuri bekalan elektrik di Pusat Komersial Assar, Jalan Miri Bypass Off
Jalan Cahaya.

Serbuan dilakukan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak dan BSJK Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri dibantu pihak SEB.

Serbuan dilakukan sekitar jam 6.15 petang Selasa dan berakhir 3.05 pagi Rabu berjaya merampas pelbagai jenis barangan yang digunakan untuk kegiatan
matawang bitcoin.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Hakemal Hawari berkata, kegiatan aktiviti mencuri bekalan elektrik untuk perlombongan mata wang bitcoin tersebut menyebabkan Sarawak Energy Berhad (SEB) kerugian.

Menurutnya, ia merupakan serbuan dan rampasan yang terbesar di Sarawak melibatkan premis menjalankan aktiviti perlombongan matawang bitcoin dengan anggaran barang rampasan bernilai RM4.4 juta.

"Serbuan ini membabitkan perlombongan bitcoin adalah yang terebsar setakat ini bagi tahun ini..

"Rampasan melibatkan Unit Pemprosesan Pusat (CPU), komputer riba, penghala
(router), modem, mesin perlombongan (matawang bitcoin), set wayar komputer dan set wayar mesin perlombongan," katanya di sini, hari ini.

Menurutnya, semasa serbuan dilakukan tiada tangkapan suspek  ditangkap kerana premis tersebut tidak berpenghuni.

Kes disiasat di bawah Seksyen 379 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan termasuk mengenal pasti penglibatan pemilik-pemilik premis berkenaan.

Kementerian Utiliti Sarawak turut menjalankan siasatan rapi dibawah Seksyen 33 (5) Ordinan Elektrik Sarawak.

SPRM Tahan CEO Rangkaian Restoran Cina Ternama

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia telah menahan seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Seorang Pengarah Syarikat kerana disyaki menerima rasuah daripada kontraktor-kontraktor yang melaksanakan projek pengubahsuaian rangkaian restaurant terkenal di Malaysia.

Sarawak Update difahamkan kedua-dua saspek berusia 60 tahun dan 37 tahun ditahan SPRM lewat petang semalam di sekitar Kuala Lumpur. CEO tersebut merupakan rakyat Hong Kong dan mempunyai taraf pemastautin tetap Singapura.
Menurut sumber, dalam proses melantik kontraktor-kontraktor bagi projek mengubahsuai enam buah restoran di beberapa negeri, CEO tersebut dikatakan telah mengarahkan agar setiap kontraktor memberikan komisyen sebanyak 15 peratus daripada harga kontrak. Semua pembayaran rasuah kemudian dimasukkan ke dalam akaun syarikat lain milik seorang Pengarah syarikat yang turut ditahan SPRM.

Kedua-duanya telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Putrajaya dan diluluskan permohonan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah selama 5 hari bermula 18.2.2021 hingga 23.2.2021.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya Operasi SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan siasatan dibuat di bawah seksyen 16 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

SPRM Tumpaskan Sindiket Rasuah Jualan Dokumen Hasil Kerajaan

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan tujuh ahli sindiket penjualan setem hasil kerajaan dan pelekat Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) yang melibatkan kerugian hasil kerajaan melebihi RM15 juta. 

Sarawak Update difahamkan ketujuh-tujuh yang terlibat berusia di antara 30 hingga 39 tahun terdiri dari empat kakitangan sebuah syarikat percetakan keselamatan dan tiga orang awam. 
Sejumlah 2,500 keping Setem Hasil Kerajaan bernilai RM250.00 dan RM10.00 yang keseluruhannya bernilai RM12.5 juta telah dirampas dalam operasi besar-besaran yang diadakan semalam di sekitar Kuala Lumpur. 

Setem Hasil yang bernilai RM250.00 dijual di pasaran gelap dengan nilai RM40.00 hingga RM60.00. Manakala setem hasil bernilai RM10.00 dijual dengan harga RM5.00 hingga RM6.00. 
Setem hasil ini selalu digunakan oleh orang ramai sebagai bayaran duti setem bagi suatu perjanjian jual beli dan kebiasaannya dibeli di pejabat POS dan Cawangan LHDN.

Selain itu, sindiket ini juga turut menjual Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) yang mempunyai ciri-ciri keselamatan bagi kegunaan Jabatan Imigresen Malaysia. Setiap PLKS ini dijual kepada warga asing di pasaran gelap dengan nilai RM700.00 hingga RM800.00 sekeping. 
Bayaran sebenar bagi mendapatkan PLKS adalah antara RM2,000.00 hingga RM3,000.00 yang dikeluarkan oleh JIM mengikut sektor pekerjaan yang dipohon. 

Modus operandi sindiket ialah bayaran rasuah kepada kakitangan percetakan untuk mencuri keluar setem hasil dan sticker PLKS dari stor simpanan percetakan dan menjualnya di pasaran gelap melalui tiga orang awam yang lain. 
Sindiket ini dipercayai telah melakukan aktiviti mereka sejak tiga tahun dan mengaut keuntungan bernilai jutaan ringgit. 

Timbalan Ketua Pesuruhjaya Operasi SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut. Kes disiasat di bawah seksyen 16 Akta SPRM 2009.

Tambah beliau, SPRM memandang serius isu ini kerana ia melibatkan kerugian dan ketirisan kepada hasil kerajaan. 

Risikan ke atas sindiket ini telah berjalan lebih 6 bulan hasil kerjasama SPRM dan Jabatan Imigresen Malaysia.

#SarawakUpdate #MACC #SPRM

Penyamun ceroboh rumah, lari TV, tong gas

KUCHING: Sebuah rumah yang terletak di Kampung Lot Baru Selalang, Sarikei dipecah masuk pencuri malam semalam.

Pemilik rumah, Abdul Halim Ali berkata, kejadian disedari oleh bapanya pagi tadi apabila mendapati bahagian pagar tepi rumah telah dipotong manakala geriji tingkap dan pintu belakang telah diumpil.
Mangsa mengalami kerugian barangan berupa sebuah TV jenama Sharp 32 inci, minyak petrol lima gelen, genset kecil, dua biji tong gas memasak, pemain cakera DVD dan juga drill bateri.

"Selain itu, wayar lampu belakang rumah turut dipotong bagi memudahkan pencuri masuk tanpa disedari oleh orang sekeliling," katanya,
Menurutnya, bapanya sering ke rumah tersebut setiap hari untuk meninjau dan juga memberi makan haiwan peliharaan manakala pemilik menetap di Sarikei kerana bekerja.

Mangsa telah membuat laporan polis.
Mereka yang membeli barang curi, jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 411 kerana memiliki barang curi dan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Gaduh: Polis tangkap penduduk kampung

MIRI: Polis menahan seramai lima penduduk kampung bagi membantu siasatan berhubung pengawal keselamatan dikurung dan dipukul di pondok pintu masuk utama ladang SPB Bukit Peninjau, Selasa lalu.

Suspek ditahan di bawah Seksyen 342 Kanun Keseksaan dan 324 Kanun Keseksaan.

Pada Selasa lalu, penduduk 
kampung bersama-sama dengan datuk kepada mangsa telah mengurung serta 
memukul Pengawal Keselamatan di Pondok Pintu Masuk Utama Ladang SPB di Bukit Peninjau. 

Ia lanjutan daripada insiden pada 7 Februari, penduduk Kampung Sg. 
Pakut berasa tidak berpuas hati ke atas tindakan Pengawal Keselamatan yang 
telah memukul mangsa.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail berkata, berlaku pergaduhan di Ladang 3 Batu Niah Miri di antara pengawal keselamatan dan penduduk Kampung Sg. Pakut Niah yang berpunca daripada insiden seorang lelaki tempatan mengingkari arahan Polis Bantuan yang pada awalnya tidak membenarkan lelaki itu memasuki kawasan kilang kerana PKP di kawasan kilang Palm Oil Mill Niah pada 7 Februari lalu.

Menurutnya, lelaki itu terus mengeluarkan kata-kata berunsur ugutan jenayah untuk mencederakan Polis Bantuan tersebut.

"Lelaki tersebut telah melarikan diri dari kawasan perumahan kilang dengan menggunakan motosikal pada jam lebih kurang 4.30 petang dan beliau telah bertindak menumbuk pengawal keselamatan setelah ditahan di Pintu 
Keluar/Masuk kawasan kilang. Ekoran daripada pergelutan tersebut, berlaku 
insiden pukul memukul oleh Pengawal Keselamatan ladang yang telah dileraikan 
oleh Polis Bantuan. 

"Susulan dari kejadian tersebut, dua laporan polis telah dibuat. Laporan ini disiasat di 
bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah dan 
Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera 
dengan menggunakan senjata atau lain-lain benda yang merbahaya," katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, dalam insiden tersebut polis  melakukan tangkapan bagi kedua￾-dua pihak iaitu seorang warga tempatan dan lima pengawal keselamatan.

Menurutnya, keseluruhan tangkapan  dalam insiden pergaduhan termasuk pengawal Keselamatan ladang tidak melibatkan warga asing seperti mana yang didakwa oleh sesetengah pihak.

Beliau menegaskan, polis mengingatkan masyarakat untuk tidak mengapi-apikan 
sebarang unsur perkauman di kalangan masyarakat majmuk di Malaysia dan 
Sarawak khususnya. 

"Kejadian yang berlaku adalah kejadian terpencil yang berpunca dari salah faham antara dua (2) pihak dan pihak polis menasihatkan agar masyarakat tidak mengambil tindakan melulu dan memberikan ruang kepada pihak polis untuk menyiasat kejadian ini," katanya.

9 dicekup merusuh



KUCHING: Sembilan ditahan kerana merusuh dipercayai berpunca dari seorang wanita di Chong Lin Plaza, Green Road petang semalam.

Mereka yang ditahan dari dua kumpulan dipercayai berpunca tidak berpuas hati diantara satu sama lain.

Dalam kejadian sekitar jam 5 petang tersebut, masing-masing bersenjatakan parang, rotan dan pedang samurai.

Ketua Polis Daerah Kuching  ACP Awang Awang Gani berkata, polis melancarkan operasi menangkap kesemua mereka yang terlibat dalam kejadian dan tangkapan pertama seawal jam 12:14 tengah malam tadi di sekitar Kuching dan Padawan. 

Menurutnya, kesemua mereka adalah berbangsa Cina tempatan berumur diantara 20 hingga 35 tahun.

"Beberapa peralatan yang digunakan termasuk 2 buah kereta telah dirampas.

"Kesemua mereka akan ditahan reman untuk siasatan lanjut," katanya dalam kenyataan.

Kes disiasat di bawah seksyen 148 kanun keseksaan. 

Kes masih dalam siasatan.

17 leka sabung ayam ditangkap

PADAWAN: Seramai 17 lelaki leka bermain judi sabung ayam dicekup di sebuah pondok dalam kawasan ladang sayur, Kampung Batu Gong, Siburan pagi tadi.

Mereka yang ditahan berusia lingkungan 37 tahun sehingga 68 tahun dalam serbuan sekitar jam 10 pagi.

Ketua Polis Daerah Padawan Supt Aidil Bolhassan berkata, turut dirampas lima ekor ayam sabung (hidup), dua ekor ayam (mati), dua bilah taji ayam, satu buah alat timbang, satu buah meja kayu dan wang tunai pelbagai dominasi berjumlah RM39,740.

"Kesemua tangkapan dan rampasan telah dibawa ke Balai Polis Siburan dan disiasat dibawah Seksyen 3(1) Langkah-Langkah Pencegahan Penganiayaan Terhadap Binatang 1962," katanya dalam kenyataan media.
Serbuan Ops Limau diketuai oleh ASP Joshua Masing Ak Lugoh bersama ASP Mohd Roslan, Ketua Polis Balai Kota Sentosa serta sepasukan polis IPD Padawan dan turut dibantu oleh polis IPD Kota Samarahan.