BERITA MUTAKHIR
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Warga emas selamat, kebakaran di Desa Wira

KUCHING: Seorang warga emas berusia 63 tahun terselamat dalam kejadia kebakaran di Lorong 20 Taman Desa Wira pagi tadi.

Kebakaran berlaku sekitar jam 11 pagi tersebut melibatkan sebuah rumah jenis tidak kekal yang musnah 100 peratus.
Manakala sebuah kenderaan jenis Perodua Kancil juga telah musnah 80 peratus di dalam kejadian kebakaran tersebut. 

Komander Operasi TPgB II Mohamad Raffy Saibi berkata, wanita berumur 63 tahun telah berjaya menyelamatkan diri tanpa sebarang kecederaan.
Menurutnya, pasukan bomba bertindak membentang satu aliran 100 kaki dan dua salur bantu mula sumber air dari jentera.

"Api berjaya dikawal pada jam 11:28 pagi. Proses “overhaul” di jalankan dan operasi tamat sepenuhnya pada 11:47 pagi," katanya.
« PREV
NEXT »

No comments