BERITA MUTAKHIR
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Warga emas maut kemalangan




MIRI: Seorang warga emas lelaki maut selepas motosikal ditunggang terbabit kemalangan dengan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) di Jalan Airport, di sini, pagi tadi.

Mangsa,Lee Ting Chiong, 68, beralamai di Kampung Sealine maut serta-merta di tempat kejadian akibat kecederaan parah dialami di bahagian kepala dan anggota badan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintendan Alexson Naga Chabu, kedua-dua kenderaan melalui jalan yang sama menuju ke Jalan Airport.

"Motosikal yang berada di lorong kiri tiba-tiba masuk ke lorong kanan secara mengejut.

"Ini menyebabkan pemandu SUV yang berada di lorong kanan ketika itu tidak sempat menekan brek lalu melanggar sebelah kanan bahagian belakang motosikal terbabit," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menjelas lanjut,katanya, impak pelanggaran itu menyebabkan mangsa tercampak dari motosikalnya.

"Motosikal ditunggang mangsa terpelanting ke sebelah kanan manakala kenderaan SUV terbabit terbabas di sebelah kiri.

"Pemandu kenderaan SUV berusia 32 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian ini,"katanya.

Alexson berkata,akibat kemalangan itu kenderaan SUV mengalami kerosakan di bahagian depan manakala motosikal mangsa mengalami kerosakan  bahagian tepi dan belakang.

"Mayat mangsa  dihantar ke hospital Miri untuk tindakan lanjut.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1)  Akta Pengangkutan Jalan (APJ)1987 dan siasatan lanjut masih diteruskan," katanya.

« PREV
NEXT »

No comments