BERITA MUTAKHIR
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Wanita ditangkap curi kereta

KOTA SAMARAHAN: Seorang wanita antara empat yang ditangkap dipercayai terlibat dalam beberapa kes curi kereta sekitar Daerah Samarahan.

Suspek yang ditahan berusia dalam lingkungan 19 hingga 39 ditahan malam tadi.

Sepasukan anggpota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (BSJ IPD) Kota Samarahan memintas dan menyerbu sebuah kereta suspek di Taman Desa Ilmu, Jalan Datuk Mohd Musa sebelum menahan suspek.

Ketua Polis Daerah Samarahan, Deputi Superintendan Sudirman Kram berkata, hasil pemeriksaan lanjut mendapati dua daripada suspek mempunyai 14 rekod jenayah lampau termasuk berkaitan dadah. 

Menurutnya, sebuah kereta kancil termasuk rim dan aksesori yang dipasang pada kereta yang digunakan kesemua suspek, serta pemutar skru yang dipercayai digunakan untuk pecah kereta. 

"Kesemua suspek yang merupakan orang tempatan telah dibawa ke IPD Kota Samarahan untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan, hari ini. 

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan. 

Menurutnya, modus operandi yang digunakan suspek untuk mencuri kereta adalah dengan membuat lubang kecil pada cermin kereta menggunakan pemutar skru untuk membuka pintu kereta dan kemudian menghidupkan enjin menggunakan pemutar skru yang sama. 

Kereta yang dicuri akan dibawa ke tempat yang sunyi dan suspek akan mengambil komponen serta aksesori untuk diguna sendiri dan dijual.
« PREV
NEXT »

No comments