BERITA MUTAKHIR
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Walk-in tidak diterima vaksinasi astra zeneca

KUCHING: Orang ramai dimaklumkan pusat pentadbiran Vaksinasi Covid- 19 (PPV) untuk astra zeneca di Pusat Konvensyen Borneo (BCCK) dan di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di Miri hanya menerima mereka yang mempunyai temu janji yang diberikan kepada mereka melalui aplikasi MySejahtera.

Ketua Pusat Vaksinasi, Dr Cheong Yaw Liang dalam satu kenyataan berkata, mereka yang masuk ke pusat-pusat tersebut tanpa temu janji tidak akan dilayan untuk melakukan vaksinasi.

Katanya, tidak ada keperluan untuk mereka datang ke pusat sebelum dimaklumkan tentang giliran.

Mengenai isu lain, Dr Cheong menegaskan, orang ramai juga harus mengabaikan apa sahaja mesej aplikasi WhatsApp yang meminta maklumat peribadi mereka untuk tujuan vaksinasi.

Katanya, pusat vaksinasi tidak menggunakan platform seperti itu untuk memberitahu orang ramai.
« PREV
NEXT »

No comments