BERITA MUTAKHIR
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Tiga mati motosikal bertembung kereta

MIRI: Tiga maut apabila sebuah kereta bertembung dengan motosikal di KM 38 Jalan Miri-Bintulu (berhampiran Simpang Entulang), malam tadi.

Tiga mangsa maut dalam kejadian sekitar jam 7.18 malam itu, dikenal pasti pemandu kereta Proton, Mohammad Mukmin Sholehin Abdul Rahim, 31 dari Kampung Berayak, Miri. 

Manakala penunggang motosikal, Roland Gerunsin, 24, serta pemboncengnya, Maria Andam,52, dari Rumah Anthony Ladi Lepong Ajai, Sungai Liam, Bakong, Baram turut terkoban.

Difahamkan pemandu kereta Proton dalam perjalanan dari arah Miri menuju ke arah Bintulu.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaa Trafik Sarawak, Superintenden Alexon Naga Chabu berkata, siasatan awal mendapati kereta yang dipandu Mohammad Mukmin hilang kawalan lalu terbabas masuk ke lorong bertentangan.

Menurutnya, kereta mangsa melanggar motosikal yang ditunggang Roland dan Maria yang datang dari arah bertentangan. 

"Kemalangan tersebut menyebabkan kedua-dua kereta dan motosikal terbabit terbabas ke tepi jalan," katanya.
« PREV
NEXT »

No comments