BERITA MUTAKHIR
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Tiada anak Sarawak tercicir vaksin Covid-19, Abang Jo

KUCHING:Kerajaan Sarawak mengambil langkah yang lebih efektif dalam memastikan semua lapisan masyarakat tidak tercicir menerima suntikan Covid-19 dengan sasaran satu juta dos pada Jun seterusnya pada Julai dan Ogos.

Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata,ia 
diperkuatkan lagi dengan ketibaan lebih 469,000 vaksin jenis Sinovic dan Pfizer dalam tempoh dua hari akan datang.

Menurutnya, perkara itu dinyatakan Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Khairy Jamaluddin.

“Vaksin Sinovic dan Pfizer akan datang pada 9 Jun sebanyak 380,000 dos yang akan kita hantar ke Miri dan 89,360 dos lagi akan datang pada 10 Jun ini," katanya selepas melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) AstraZeneca  di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) hari ini.

Katanya, seramai 30,000 orang telah mendaftar untuk menerima vaksin  AstaraZeneca di Sarawak.

"Pada hari ini seramai 1,400 orang menerima vaksin pada hari pertama yang dijalankan di BCCK melibatkan 1,000 penerima dan 400 penerima di PKBN Miri.

“Jumlah ini akan ditingkatkan kepada 3,000 sehari selepas ini bagi mempercepatkan program imunisasi di Sarawak," katanya.

Menjelas lanjut,Abang Johari berkata,
Sarawak akan mengguna pendekatan baharu dalam memastikan rakyat di negeri ini tidak tercicir daripada mendapatkan suntikan vaksin Covid-19.

"Selain pendaftaran menerusi aplikasi MySejahtera, Sarawak akan menggunakan kaedah hibrid yang melibatkan pendaftaran secara manual selepas pemberian vaksin terutama masyarakat luar bandar.

“Untuk kawasan luar bandar, jika nama tidak ada dalam pendaftaran, tetapi mereka sudah datang untuk vaksin, mereka boleh divaksin selepas itu barulah pendaftaran dibuat," katanya.

Menurutnya lagi,ini bagi memudahkan mereka yang datang dari jauh untuk tidak berulang-alik secara tidak langsung memudahkan urusan mereka sekali gus
memastikan proses vaksinasi dapat dilaksanakan dengan cepat dan berkesan khususnya di luar bandar.
« PREV
NEXT »

No comments