BERITA MUTAKHIR
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Terbakar akibat sesi BBQ

MIRI: Aktiviti memanggang berakhir dengan mimpi ngeri apabila sebuah rumah panjang Jerlung terbakar di Jalan Batu Niah pagi hari ini. 

Bagaimanapun kebakaran berlaku sekitar jam 11.52 pagi tersebut hanya melibatkan bahagian tiang dapur rumah panjang.
Info Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak berkata, pasukan bomba tiba lokasi, didapati kebakaran sudah berjaya dipadam oleh jiran menggunakan air.

"Punca kebakaran adalah daripada aktiviti memanggang tetapi terkena tilam lalu berlaku kebakaran.
"Selepas memberi nasihat dan buat pemeriksaan keadaan dalam selamat, pasukan bomba bertolak balik ke balai," katanya.
« PREV
NEXT »

No comments