BERITA MUTAKHIR
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

'Tauke' bekalkan dadah secara bank in


KUCHING: Tiga penganggur diberkas kerana terlibat dalam penyalahgunaan dadah Syabu dihadapan rumah tidak bernombor Taman Abadi, Segedup, Batu Kawa, di sini, semalam.

Ketiga-tiga mereka berusia 19 hingga 43 tahun ditahan sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan ketika sedang duduk di hadapan rumah tersebut pada jam 10.45 pagi.
Timbalan Ketua Polis Daerah Padawan DSP Lim Jaw Shyong berkata,
pemeriksaan ke atas satu beg silang warna hitam jenama The Herochel yang dipakai salah seorang suspek berusia 19 tahun telah menjumpai satu beg kecil berzip warna hitam berlambang Pikachu.
"Apabila diperiksa di dalamnya terdapat satu peket plastik lutsinar yang berisi ketulan-ketulan kristal disyaki dadah jenis Syabu seberat 5.08 gram dianggarkan bernilai RM 600.
"Pemeriksaan lanjut ke atas beg silang tersebut, menjumpai dompet milik suspek dan di dalamnya terdapat kad pengenalan miliknya,"katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya,suspek ditahan di bawah Seksyen 39A (1) ADB 1952 kerana memiliki dadah berbahaya. 

"Pemeriksaan lanjut ke atas dua lagi suspek berusia 36 dan 43 tahun tidak menjumpai apa-apa barang yang menyalahi undang-undang. 

"Ketiga-tiga suspek dibawa ke pejabat BSJND Padawan untuk tindakan selanjutnya.

"Suspek berusia 19 tahun tidak mengaku dadah yang dirampas adalah kepunyaannya dan mengaku mengambil bekalan dadah daripada seorang lelaki Cina yang dikenali dengan nama 'Tauke' secara bank in dan telah terlibat dengan aktiviti penagihan dadah sejak lapan bulan lepas," ujarnya.

Katanya, ketiga-tiga suspek ditahan reman sehingga 12 Jun 2021.

Kes disiasat di bawah Sek. 39A(1) ADB 1952 dan Sek.15(1) (a)ADB 1952.
« PREV
NEXT »

No comments