BERITA MUTAKHIR
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Surat polis, majikan masih sah

KUCHING: Pekerja yang sudah mendapat surat kebenaran polis dan surat kelulusan dari majikan di negeri ini masih boleh menggunakannya ketika melalui Sekatan Jalan Raya (SJR).

"Permit dan surat ini masih sah. Tidak perlu mendapatkan yang baru," kata Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah berkata di sini hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan umum mengenai kesahihan dokumen tersebut yang diperoleh sebelumnya.

"Saya telah bercakap dengan Pesuruhjaya Polis negeri, Datuk Aidi Ismail dan dia telah bersetuju dengan keputusan kami," kata Uggah.

Beliau sekali lagi mengulangi perlunya semua tinggal di rumah kecuali mereka mempunyai alasan yang sangat kuat untuk keluar.

Beliau berkata, dengan tinggal di rumah, mereka akan membantu mengekang penyebaran Covid-19 dalam komuniti.
« PREV
NEXT »

No comments