BERITA MUTAKHIR
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Suntikan vaksin bukan untuk kebal

KUCHING: Suntikan vaksin menjadikan seseorang kebal virus Covid-19 adalah tidak tepat.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Sri Dr Sim Kui Hian berkata, sehubungan itu,
tanggapan bahawa selepas menerima dua dos suntikan mereka tidak lagi dijangkiti adalah salah faham.

Beliau yang juga penasihat kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, suntikan dua dos vaksin sebenarnya untuk memastikan tubuh badan memiliki sistem imunisasi yang kuat.


Katanya, objektif paling penting vaksin adalah mencegah wabak penularan Covid-19 daripada membentuk varian baharu.

"Ada yang bertanya kepada saya kenapa seseorang masih boleh dijangkiti Covid-19 walaupun sudah menerima dua dos vaksin.

“Penerima vaksin masih boleh dijangkiti, namun kebarangkalian untuk mendapat gejala teruk dan memerlukan rawatan adalah rendah berbanding individu yang tidak menerima vaksin.

"Peranan vaksin bukan untuk halang jangkitan. Itu salah. Vaksin adalah untuk kita memiliki sistem imun yang kuat supaya sekiranya kita dijangkiti, gejala tidak teruk,” katanya dalam Facebook.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan orang ramai mengenai Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof yang dilaporkan dijangkiti virus tersebut pada Jumaat.

Menurutnya, bagi mereka yang ragu-ragu vaksin dan tidak melakukan vaksinasi, mereka tidak akan mendapat perlindungan 

Katanya, vaksin terbaik adalah dengan keberkesanan 95 peratus bermaksud daripada 100 orang yang menerima suntikan, hanya 95 orang memiliki antibodi.
« PREV
NEXT »

No comments