BERITA MUTAKHIR
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Sorok ekstasi, ketamin bawah tempat duduk kereta

KUCHING: Cubaan seorang lelaki menyorok dadah ekstasi seberat 1.1 kilogram dan ketamin seberat 15 kilogram dengan nilai keseluruhan RM10,600 di bawah tempat duduk kereta digagalkan pihak polis.

Lelaki tempatan berusia 27 tahun itu ditahan di Sekatan Jalan Raya (SJR) Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Kuching di Jalan Lapangan Terbang, di sini, jam 5.45 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ashmon Bajah berkata,bertindak atas maklumat pihaknya menahan kereta dipandu lelaki berkenaan menerusi SJR yang dilakukan.

"Hasil pemeriksaan kita menjumpai dadah ekstasi dan ketamin yang diletakkan di bawah kerusi pemandu," katanya dalam kenyataan hari ini. 

Katanya, suspek turut positif dadah jenis Methamphetamine. 

Kes disiasat di bawah Seksyen 38B dan Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.
« PREV
NEXT »

No comments