BERITA MUTAKHIR
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

𝗦𝗲𝗺𝗯𝗮𝗵𝘆𝗮𝗻𝗴 𝟰𝟬 𝗵𝗮𝗿𝗶, 𝗴𝗼𝘁𝗼𝗻𝗴 𝗿𝗼𝘆𝗼𝗻𝗴 𝗽𝗿𝗮 𝗚𝗮𝘄𝗮𝗶 𝗱𝗮𝗻 𝘀𝗮𝗺𝗯𝘂𝘁𝗮𝗻 𝗚𝗮𝘄𝗮𝗶 𝗔𝗻𝘁𝘂

KUCHING: Aktiviti sembahyang 40 hari, menyembelih pra Gawai dan sambutan Gawai Antu antara yang mencetuskan empat kluster komuniti yang dilaporkan hari ini.

Kluster Skim B merupakan satu kluster komuniti yang dikesan melibatkan sebuah rumah panjang di Skim B, dalam daerah
Meradong yang berpunca dari aktiviti penyembelihan dan pemotongan daging khinzir secara gotong-royong pada 27 Mei 2021 di rumah panjang berkenaan bagi persediaan sambutan Hari Gawai.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dalam kenyataan berkata, seramai 78 individu telah disaring dan 28 kes telah dikesan positif COVID-19 termasuk kes indeks.

"Sebanyak 45 kes didapati negatif dan lima kes masih menunggu keputusan makmal.

"Kesemua kes positif COVID-19 ini telah dirujuk ke Hospital Sarikei dan dimasukkan ke Hospital Sarikei dan PKRC di Daerah Sarikei bagi tujuan pengasingan dan rawatan lanjut.

Manakala, Kluster Ijus Pengelayan merupakan satu kluster komuniti yang dikesan melibatkan sebuah syarikat perkapalan di Kuala Baram
dan telah merebak ke sebuah rumah panjang di Kejaman, Baram, Marudi yang berpunca dari aktiviti Gawai Antu yang berlangsung pada 15 Mei lalu.

Menurutnya, sebanyak 55 kes telah dikesan positif COVID-19 termasuk kes indek 100 kes didapati negatif; dan lapan kes masih menunggu keputusan makmal.

"Kesemua kes positif COVID-19 ini telah dirujuk ke Hospital Miri dan dimasukkan ke Hospital Miri dan PKRC di Daerah Miri bagi tujuan pengasingan dan rawatan lanjut," katanya.

Manakala, Kluster Banting, Sri Aman
Kluster Banting merupakan satu kluster komuniti yang dikesan melibatkan lima (5) buah rumah panjang di Banting dan sebuah (1) rumah panjang di Kerepok di mana kedua-dua rumah panjang ini terletak di kawasan Lingga, Sri Aman yang berpunca dari aktiviti sembahyang 40 hari yang diadakan pada 22 Mei 2021 di rumah panjang berkenaan yang turut dihadiri oleh beberapa orang penduduk dari rumah panjang berdekatan.

Sejumlah 262 individu telah disaring di mana, 59 kes telah dikesan positif COVID-19 termasuk kes indeks.155 kes didapati negatif; dan 48 kes masih menunggu keputusan makmal.

Kesemua kes positif COVID-19 ini telah dirujuk ke Hospital Umum Sarawak dan Hospital Sri Aman serta dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak, Hospital Sri Aman dan PKRC di Daerah Sri Aman bagi tujuan pengasingan dan rawatan lanjut.

Kumpulan ke-empat ialah kluster Jalan Kampung Yoh merupakan satu kluster di tempat kerja yang dikesan melibatkan sebuah syarikat pembinaan yang membekalkan konkrit yang terletak di tapak kerja di simpang Jalan Kampung Yoh, Batu 38, Jalan Bintulu-Miri, 
Sebauh yang telah merebak melalui kontak sosial dalam kalangan pekerja di tapak binaan tersebut. 

Sejumlah 83 individu telah disaring di mana, 58 kes telah dikesan positif COVID-19 termasuk kes indeks. 13 kes didapati negatif dan 12 kes masih menunggu keputusan makmal.

Kesemua kes positif COVID-19 ini telah dirujuk ke Hospital Bintulu dan dimasukkan ke Hospital Bintulu dan PKRC di Daerah Bintulu bagi tujuan pengasingan dan rawatan lanjut. 𝗦𝗮𝗿𝗮𝘄𝗮𝗸 𝗨𝗽𝗱𝗮𝘁𝗲
« PREV
NEXT »

No comments