BERITA MUTAKHIR
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

RM35.5 juta bantuan makanan

KUCHING: Kerajaan Sarawak menambah sebanyak RM15 juta lagi peruntukan untuk bantuan makanan di bawah Pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS6.0).

Tambahan peruntukan berdasarkan  peningkatan jumlah penerima bantuan makanan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.
Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, peruntukan tambahan sebanyak RM15 juta untuk bantuan makanan, yang menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini sebanyak RM35.5 juta telah dipersetujui Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

"Peruntukan ini akan disalurkan kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) yang diputuskan melalui mesyuarat yang dilaksanakan oleh Jawatankuasa Pembekalan Rantai Makanan," katanya dalam satu kenyataan.
Ketua Menteri Abang Johari Tun Openg sebelum ini, telah mengumumkan pemberian bantuan di bawah pakej BKSS 6.0 yang memperuntukkan sejumlah RM20.5 juta diperuntukkan untuk bantuan makanan manakala  RM5 juta lagi adalah untuk kos pengangkutan.

Usaha ini adalah untuk meringankan beban masyarakat yang terjejas ekoran pelaksanaan PKP baru-baru ini.
Awang Tengah berkata, kebanyakan penerima bantuan ini adalah terdiri daripada kumpulan B40 yang memerlukan di negeri ini.

Menurutnya, setiap JPBB akan ditugaskan mengumpul penerima bantuan makanan ini dengan kerjasama  Pusat Khidmat, pemimpin masyarakat, dan agensi-agensi yang berkaitan seperti, Jabatan Kebajikan, majlis tempatan, NGO dan beberapa agensi lain.
"Proses pengedaran bantuan ini akan dijalankan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak berkuasa," katanya.

Pengedaran bantuan mengikut peruntukan yang diberikan kepada setiap daerah sekali gus untuk menangani masalah pembelian barang makanan yang dihadapi oleh masyarakat.
« PREV
NEXT »

No comments