BERITA MUTAKHIR
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

PRN dijangka Oktober

KUCHING: Pilihan Raya Negeri (PRN) dijangka selewat- bulan September jika perintah darurat yang berakhir 1 Ogos tidak disambung.
  
Speaker DUN Sarawak Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar berkata sehubungan itu, pihaknya menghantar notis kepada Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia bagi memaklumkan bahawa tempoh hayat Dewan Undangan Negeri 
Sarawak dilanjutkan sehingga proklamasi darurat tamat atau Pilihan Raya Negeri akan diadakan pada suatu tarikh 
sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong.

"Selepas 1 Ogos 2021 dan sekiranya perintah darurat tidak disambung, pilihan raya negeri hendaklah diadakan selaras 
dengan kehendak Perkara/Article 21(4), Perlembagaan Negeri Sarawak dalam tempoh 60 hari dari tarikh tamatnya darurat pada 1 Ogos 2021 tersebut.

"Sehubungan itu, saya telah menghantar notis kepada Datuk Haji Abdul Ghani Bin Salleh, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia pada hari ini bagi 
memaklumkan bahawa tempoh hayat Dewan Undangan Negeri Sarawak dilanjutkan sehingga proklamasi darurat tamat atau Pilihan Raya Negeri akan diadakan pada suatu tarikh 
sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong selepas berunding dengan
Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak," katanya dalam kenyataan hari ini. 

Asfia berkata, semua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) akan kekal sehinggalah Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak dibubarkan, mengikut Perkara 18(1) Perlembagaan Negeri Sarawak.

Beliau menegaskan, memandangkan perintah pengisytiharan darurat masih berkuat kuasa dan peruntukan-peruntukan pembubaran DUN telah digantung dan tidak mempunyai kesan oleh Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021, maka kesannya adalah pelantikan Adun tidak akan tamat pada 6 Jun 2021. 

"Ia akan kekal sehingga terbubarnya DUN melalui pengisytiharan Yang di-Pertuan 
Agong di bawah Seksyen 15 atau selepas 1 Ogos 2021 iaitu tarikh tamatnya darurat.

"Baru-baru ini, terdapat pihak-pihak yang sudah mula mempersoalkan kedudukan ADUN-ADUN di Sarawak selepas 6 
Jun 2021. Adakah mereka ini masih merupakan atau masih dianggap ADUN memandangkan tempoh hayat DUN adalah hanya sehingga 6 Jun 2021. 

"Perkara/Article 18(1) Perlembagaan Negeri Sarawak, dengan jelas memperuntukkan bahawa seorang ADUN akan kekal sebagai ADUN sehinggalah Dewan Undangan Negeri Sarawak 
dibubarkan," ujarnya.

Terdahulu, Asfia berkata pada 25 Mei 2021, Yang di-Pertuan Agong telah menasihatkan Kerajaan Sarawak agar berfungsi seperti biasa dengan kuasa di bawah Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021. 

Katanya, ekoran pengisytiharan darurat pada 11 Januari 2021 hingga 1 Ogos 2021, kuasa untuk membubarkan DUN Sarawak terletak di bawah bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong setelah berunding dengan Yang di-Pertua Negeri Sarawak.

"Perkara 21(3) Perlembagaan Negeri Sarawak memperuntukkan tempoh jangka hayat bagi DUN Sarawak adalah lima tahun daripada tarikh persidangan pertama. 

"Memandangkan persidangan pertama selepas PRN yang lepas adalah pada 7 Jun 2016, maka tempoh lima tahun itu 
akan berakhir pada 6 Jun 2021. 

"Ini bermakna, DUN Sarawak sepatutnya terbubar selepas 6 Jun 2021. 

"Namun disebabkan pengisytiharan darurat oleh Yang di-Pertuan Agong yang berkuat kuasa pada 11 Januari 2021 dan 
juga penggubalan Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021, peruntukan-peruntukan undang-undang di dalam Perlembagaan 
Negeri Sarawak khususnya berkaitan dengan kuasa-kuasa bagi membubarkan DUN Sarawak serta mengadakan pilihan raya telah digantung dan tidak mempunyai kesan menerusi Seksyen 13 dan 15 Ordinan tersebut," katanya.

Asfia berkata penggantungan berkenaan pembubaran dan pilihan raya DUN akan terus kekal selagi mana pengisytiharan darurat berkuat kuasa. 

Bagaimanapun katanya, Seksyen 13 dan 15 Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 juga memberi kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan pembubaran DUN bagi sesuatu negeri termasuk Sarawak dan juga tarikh pilihan raya, jika pada pendapat baginda adalah sesuai bagi DUN tersebut dibubarkan dan pilihan raya diadakan dalam tempoh darurat.

Untuk rekod Gabungan Parti Sarawak (GPS) mempunyai 68 kerusi diikuti, PSB - 6, DAP - 5, Bebas - 2 dan 1 (tiada wakil rakyat).
« PREV
NEXT »

No comments