BERITA MUTAKHIR
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

PPV UNIMAS beri 3,000 dos sehari

KOTA SAMARAHAN: Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) yang akan mula beroperasi hari ini dijangka dapat melakukan sekurang-kurangnya 3,000 pemberian vaksin dalam satu hari.

PPV yang dibuka bermula dari jam 8.30 pagi hingga 6.30 petang tersebut beroperasi di Dewan Delima, salah satu dewan dalam Dewan DeTAR PUTRA, Unimas.
Pengerusi Jawatankuasa Covid-19 Unimas, Profesor Datuk Mohd Fadzil Abdul Rahman berkata, Unimas komited membantu kerajaan dalam mempercepatkan proses vaksinasi khususnya di sekitar Kuching dan Samarahan.

Beliau yang juga Penolong Naib Canselor (Kepimpinan dan Pembangunan) Unimas berkata, pihaknya juga bercadang melakukan program suntikan vaksinasi secara mobil dan juga secara pandu lalu.

"Ia adalah usaha Unimas untuk membantu mencapai kadar tinggi imuniti kelompok masyarakat dan memerangi Covid-19 mengikut kemampuan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Seemntara itu, Pengarah Hospital Pengajar dan Pusat Perubatan Unimas merangkap Pengarah PPV Unimas, Dr Ehfa Bujang Safawi berkata lebih 500 orang terdiri dari pelajar dan kakitangan Unimas telah memohon menjadi sukarelawan bagi membantu PPV UNIMAS.

“Kami telah menghantar sebahagian sukarelawan yang dipilih untuk menjalani latihan di PPV Stadium Perpaduan Kuching dan PPV Dewan Kota Samarahan bagi mempelajari pengoperasian sistem MySejahtera dan lain-lain,” katanya.

PPV UNIMAS melibatkan tiga bahagian utama iaitu 20 kaunter untuk pendaftaran, 12 kaunter vaksinasi dan 10 kaunter pemantauan. 

PPV ini adalah lengkap dengan kemudahan kerusi roda dan laluan khas bagi warga emas dan individu kelainan upaya.
« PREV
NEXT »

No comments