BERITA MUTAKHIR
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Polis serbu pusat hiburan, kompaun RM 71,000

 

KUCHING: Pihak polis mengeluarkan kompaun berjumlah RM 71,000 terhadap 14 individu termasuk pemilik premis kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana berhibur di  Pusat Hiburan di Jalan Canna, di sini malam tadi.

Bertindak atas maklumat Pasukan Khas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching membuat serbuan ke pusat hiburan berkenaan pada jam 10.30 malam.


Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata,hasil serbuan mendapati terdapat 12 lelaki tempatan, dan dua wanita termasuk seorang warganegara China sedang berhibur di dalam sebuah bilik khas.

"Susulan itu, kesemua yang ditahan dikompaun RM1,500 seorang di bawah Peraturan 17(1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit Pindaan 2021.


"Pemilik premis pula dikompaun RM50,000 di bawah akta yang sama," katanya dalam  kenyataan hari ini.

Menjelas lanjut, katanya, tiga daripada suspek turut didapati positif dadah jenis methamphetamine.

"Ketiga-tiga yang positif  disiasat di bawah Seksyen 39A(2) dan Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

"Kita memohon orang ramai untuk terus menyalurkan maklumat sekiranya berlaku aktiviti yang melanggar SOP PKP yang dikuatkuasakan pada masa sekarang,"katanya.

« PREV
NEXT »

No comments