BERITA MUTAKHIR
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Polis carik 'Ongai'

KUCHING: Hanya mahu melepak dan hisap dadah, membawa padah apabila tiga gadis ditangkap di sebuah rumah di Jalan Kong Phin, Batu 4 kelmarin.

Gadis berkenaan antara lima individu yag dutahan kerana kesalahan dadah dalam serbuan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Padawan.

Kelima-lima suspek berusia antara 18 hingga 22 tahun direman sehingga 9 Jun 2021 untuk siasatan lanjut.
  
Timbalan Ketua Polis Daerah Padawan DSP Lim Jaw Shyong berkata, ujian saringan air kencing ke atas kesemua suspek turut didapati positif dadah.

Katanya, hasil soal siasat awal, kedua-dua suspek lelaki mengaku dadah yang dirampas di rumah tersebut milik mereka.

"Pemeriksaan di bilik tidur berhampiran dengan dapur di rumah tersebut mendapati seorang lelaki sedang duduk di atas katil.

"Dua peket plastik kecil lutsinar yang di dalamnya mengandungi serbuk berwarna putih disyaki dadah jenis Ketamin dianggarkan seberat 1.0 gram dan dan satu peket plastik kecil lutsinar di dalamnya mengandungi lima biji pil berwarna hijau berlambang penguin disyaki dadah jenis ekstasi dianggarkan seberat 1.9 gram ditemui.

"Pemeriksaan lanjut di bilik tidur utama mendapati seorang lelaki manakala tiga gadis tersebut sedang berada di dalam bilik berkenaan.

"Hasil pemeriksaan di tandas bilik tidur tersebut telah menjumpai satu peket plastik lutsinar yang di dalamnya mengandungi 10 biji pil warna putih dan 10 biji pil warna merah jambu berbentuk cendawan disyaki pil jenis ekstasi dianggarkan seberat 8.68 gram.

"Polis turut menemukan satu peket plastik kecil lutsinar yang mengandungi serbuk berwarna putih disyaki dadah jenis Ketamin dianggarkan seberat 1.53 gram yang dijumpai di dalam pam tandas," katanya dalam kenyataan.

Kesemua suspek ditangkap di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.

Suspek lelaki yang berusia 22 tahun itu mengaku mengambil bekalan dadah daripada seorang wanita Cina yang dikenali dengan nama 'Ongai' secara 'bank in'.
« PREV
NEXT »

No comments