BERITA MUTAKHIR
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Pengkebumian punca 50 kes positif

KUCHING: Aktiviti pengebumian yang telah dihadiri oleh penduduk dari rumah panjang mencetuskan 50 kes positif.

Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak telah mengisytiharkan satu kluster baharu iaitu Kluster Ulu Sebakong, Mukah berpunca dari aktivitipengebumian.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri daam kenyataan berkata, sejumlah 78 individu telah disaring dan 50 kes telah dikesan positif COVID-19 termasuk kes indeks.

Menurutnya, sebanyak 90 kes didapati negatif dan 7 kes masih menunggu keputusan makmal.

"Kluster Sebakong merupakan satu kluster komuniti yang dikesan melibatkan sebuah rumah panjang di Ulu Sebakong, Mukah yang berpunca dari aktiviti pengebumian yang telah berlangsung pada 19 hingga 21 Mei 2021 di rumah panjang yang telah dihadiri oleh penduduk dari rumah panjang tersebut," katanya.

Kesemua kes positif COVID-19 ini telah dirujuk dan dimasukkan ke Hospital Sibu dan PKRC di Daerah Mukah bagi tujuan pengasingan dan rawatan lanjut.
« PREV
NEXT »

No comments