BERITA MUTAKHIR
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Penganggur dicekup, parti liar dadah digempur


KUCHING: Seorang penganggur dicekup dalam serbuan sebuah apartment yang dijadikan tempat menyimpan dan memproses campuran serbuk jus ekstasi atau ketamin di Kuching, pada Rabu lalu.

Suspek dipercayai terlibat sebagai ejen memproses bahan larangan tersebut bermula sejak Oktober 2020 untuk diedarkan sekitar kawasan Kuching.
Rampasan barangan kes terdiri daripada 50 biji pil ekstasi, sebanyak 354.13 gram ketamin, 320 biji eramin 5 dan serbuk jus disyaki campuran Ekstasi sebanyak 13.7 Kilogram.

Kesemua jumlah rampasan dadah dianggarkan mampu menampung sebanyak 3,770 orang pengguna.
Aktiviti suspek berusia 27 tahun terbongkar semasa operasi khas 'Op Black Cat' yang dijalankan oleh pasukan daripada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Sarawak pada sebelah malam.

Sindiket tersebut berjaya dikesan hasil maklumat dan risikan diperolehi daripada Op Parti Liar bermula 29 Mei sebelum ini.

Siasatan terhadap suspek turut mendedahkan mendapat bekalan dadah dari Miri.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail dalam sidang media berkata, jumlah keseluruhan nilai anggaran dadah yang dirampas berjumlah RM250,000.

"Suspek direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan lanjut," katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Jika sabit kesalahan suspek boleh dihukum mati atau penjara seumur hidup, jika tidak dihukum mati dihukum dengan hukuman sebatan tidak kurang daripada 15 sebatan.
« PREV
NEXT »

No comments