BERITA MUTAKHIR
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Pemberian vaksin di Matu dilanjutkan hingga 17 Jun


 
MATU: Lebih 400 penduduk sekitar Daerah Matu telah menerima vaksinasi
Covid-19 dos pertama di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Suarah Matu semalam.

Pemberian vaksin yang melibatkan fasa 2 dan fasa 3 secara serentak ini berlangsung selama lima hari pada 12 dan 13 Jun 2021 seterusnya dilanjutkan ke minggu hadapan pada tarikh 15 hingga 17 Jun bertempat di PPV Dewan Suarah Matu dan Outreach Klinik sekitar Matu.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jemoreng, Dato’ Murshid Diraja Dr Juanda Jaya telah hadir memantau kelancaran proses vaksinasi di PPV Dewan Suarah Matu yang mana kemudiannya beliau juga meninjau PPV di Klinik Outreach Kuala Igan.

Penduduk setempat menerima suntikan vaksinasi telah kelihatan menunggu giliran
seawal 7 pagi untuk mendapatkan vaksin sebagai uisaha untuk menyahut saranan
kerajaan bagi memastikan imuniti kelompok dapat dicapai dengan kadar yang segera.
Terdapat kaunter khas bagi penerima vaksin yang memerlukan bantuan kerusi roda dan mempunyai masalah kesihatan di PPV ini bagi membantu mempercepatkan dan memudahkan proses pendaftaran mereka tanpa menunggu terlalu lama.

Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang dilaksanakan di Matu bergerak lancar kerana semua agensi yang terlibat telah bertungkus lumus bersama-sama dengan Jabatan Kesihatan Bahagian Mukah bagi memastikan setiap rakyat yang layak menerima suntikan vaksin mendapat suntikan dengan kadar yang segera.
« PREV
NEXT »

No comments