BERITA MUTAKHIR
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Pemandu syarikat logistik diberi vaksin

MIRI: Jawatankuasa Pembangunan Bencana Negeri Sarawak bersetuju pemberian vaksinasi COVID-19 kepada pemandu-pemandu daripada syarikat-syarikat logistik dan pengangkutan di Bahagian Miri yang ingin melakukan perjalanan memasuki atau merentasi Negara Brunei Darussalam sebelum meneruskan perjalanan mereka ke Limbang dan Lawas.

Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Lee Kim Shin berkata, sehubungan itu semua syarikat logistik dan pengangkutan
yang melakukan perjalanan masuk atau merentasi Negara Brunei Darussalam untuk ke Limbang atau Lawas dikehendaki menghantar senarai nama-nama pemandu melalui Pejabat Residen Bahagian Miri bagi tujuan pemberian vaksin COVID-19.

"Pejabat Residen Bahagian Miri akan memanjangkan senarai nama tersebut kepada Kementerian Kesihatan
Malaysia (KKM) Miri bagi tujuan pemberian vaksin yang merupakan prasyarat mandatori bagi membolehkan mereka memasuki Negara Brunei Darussalam," katanya dalam kenyataan media.

Kim Shin Menteri Pengangkutan Sarawak yang juga merupakan Menteri Bertanggungjawab JPBB Miri telah berhubung dengan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dan Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS) mengenai makluman terkini Negara Brunei Darussalam berhubung Syarat Vaksinasi Mandatori Bagi Pejalan-pejalan Keluar Negeri (Outbound Travellers) yang dikeluarkan pada pada 1 Jun lalu.

Beliau mengingatkan orang ramai untuk terus kekal waspada dan sentiasa
mematuhi aspek Prosedur Operasi Standard (SOP) pencegahan COVID-19 secara ketat.
« PREV
NEXT »

No comments