BERITA MUTAKHIR
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Pam baharu selesaikan masalah air berbau

KUCHING: Projek pemasangan dua pam baharu di kolam takungan air mentah Sungai Ud yang sedang giat dilaksanakan akan membantu menyelesaikan isu air berbau di Daerah Dalat.

Dengan pemasangan pam tersebut masalah air berbau akan diselesaikan tidak lama lagi.
Masalah air berbau tersebut berpunca daripada lebihan kandungan bahan organik di dalam kolam takungan air mentah Sungai Ud yang menyalurkan air mentah ke Loji Rawatan Air Dalat untuk diproses dan dirawat.

Selain itu, ia juga disebabkan ketiadaan fasiliti pengudaraan yang berperanan untuk membantu menyahbau air di loji berkenaan.

Menteri Utiliti Datuk Seri Stephen Rundi Utom berkata, projek pemasangan sebuah telah siap pada 11 Jun lalu manakala pemasangan sebuah lagi pam dijangka selesai sepenuhnya dalam bulan ini.

Menurutnya, projek pemasangan pengudaraan (aerator) di Loji Rawatan Air Dalat kini dalam fasa pembinaan dan dijangka siap pada Julai.

"Setelah projek ini nanti siap dijalankan, isu bekalan air terutama isu air berbau akan dapat diatasi," katanya dalam kenyataan.
« PREV
NEXT »

No comments