BERITA MUTAKHIR
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Operasi SAR cari Ijjah diteruskan hari kelima

BINTANGOR: Pencarian Ijjah Lassa, 54 hilang ketika mencari umbut di Nanga Lijan Julau menemui jalan butu semalam.

Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) memasuki hari kelima diteruskan hari ini.

Semalam, anggota SAR dibahagikan kepada tiga pasukan yang menjalankan pencarian di lokasi tertentu.

Pasukan pertama, melakukan pencarian di Sungai Sepayang menyusuri denai dan sungai, pasukan kedua pula  tertumpu di sepanjang sungai Womg sehingga ke kebun getah Nanga Lijan manakala, pasukan ketiga, Sungai Urik hingga belakang Rumah Banyang.

Hari ini, operasi  diteruskan pada jam 9.00 pagi disertai anggota bomba, Angkatan Pertahanan Awam, Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan penduduk kampung.

Mangsa dilaporkan hilang ketika mencari umbut dan hasil hutan lain di kawasan hutan di  Bukit Tugung, Nanga Lijan di Julau pada Rabu.

Dalam kejadian tersebut mangsa dilaporkan pergi ke hutan berkenaan bersama dengan dua orang rakannya yang juga berusia dalam lingkungan 50an pada jam 10 pagi.

Setelah mendapat beberapa hasil hutan, dua rakan mangsa telah mengajak mangsa untuk berehat sebentar sebelum pulang ke rumah panjang mereka.

Bagaimanapun, mangsa telah dilaporkan pulang seorang diri dahulu dan tidak menunggu untuk pulang bersama-sama dengan dua orang rakannya.

Ketika dua orang rakan mangsa tiba di rumah panjang sekitar jam 3 petang, mereka mendapati mangsa masih lagi belum sampai di rumahnya.

Risau dengan keselamatan mangsa, dua orang rakannya itu telah memaklumkan berita kehilangan mangsa kepada penduduk rumah panjang yang lain.

Sejurus menerima berita berkaitan dengan kehilangan mangsa, penduduk dari rumah panjang mangsa bersama dengan beberapa penduduk dari rumah panjang yang lain telah melancarkan usaha mencari mangsa.
« PREV
NEXT »

No comments