BERITA MUTAKHIR
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Monster 180 kilogram tumpas

Selepas berkali kali rawai mereka putus digasak monster, dua beradik dengan bantuan anak saudara mereka nekad mengubah strategi.

Mereka menggunakan tali besar, pelampung dan sebiji bata merah sebagai pemberat.



Umpan yang digunakan pula bernilai hampir RM30 di pasaran, seekor anak ikan mancong (senohong/kurau) sebesar lengan.

Selepas memasang kail, mereka balik ke rumah. Kail yang dipasang waktu pagi, dilawat waktu petang. Manakala umpan yang dipasang petang, dibiarkan semalaman sehingga pagi.

Hasilnya, dua hari lepas mereka mendapat seekor ikan pari seberat 82 kilogram, manakala rakan mereka mendapat ikan pari seberat 158 kilogram.

Pagi tadi, sekitar jam 10 pagi mereka dikejutkan oleh seekor lagi monster yang lebih besar dari pari 158 kilogram yang ditumpaskan sebelum ini.

Mereka mengambil masa lebih 30 minit untuk menarik pari ini ke permukaan air, sebelum menarik ikan seberat 180 kilogram itu ke tebing menggunakan sampan.

Sumber di Kampung Sungai Limau berkata, air sungai sekarang sangat ideal untuk memancing, dan rata-rata nelayan sara diri berjaya mendapatkan hasil yang baik.

Dia berkata mereka ingin mengajak teman-teman yang bekerja di bandar untuk balik memancing, menambah rezeki namun akur Perintah Kawalan Pergerakan masih berkuatkuasa.
« PREV
NEXT »

1 comment