BERITA MUTAKHIR
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Kerajaan bantu mangsa dihempap besi - Julaihi


LUNDU:Kementerian Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak akan melakukan siasatan secara mendalam berhubung kejadian kereta dihempap besi semasa menuruni feri Rambungan semalam.

Menurut Menteri Muda Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan (MIPD)
Sarawak, Datuk Julaihi Narawi pihak kementeriannya telah mengarahkan
Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak untuk melakukan siasatan terperinci kerana ianya melibatkan nyawa dan keselamatan awam.

“Saya bersama Setiausaha Tetap dan beberapa pegawai dari kementerian
serta JKR Sarawak telah melawat lokasi kejadian tengahari semalam dan
melihat serta mendengar sendiri maklumat kejadian daripada pihak kontraktor, mangsa serta pihak pengusaha feri,” jelanya.


Arahan berhenti kerja (stop works) turut dikeluarkan serta merta kepada pihak
kontraktor selepas kejadian dan sebarang kerja-kerja pembinaan tidak
dibenarkan sama sekali dilakukan di lokasi.

Dalam pada masa yang sama pihak kementerian akan membantu mangsa
untuk mendapatkan tuntutan ganti rugi yang sepatutnya, tambahnya lagi.

Berdasarkan laporan pihak polis dalam kejadian yang berlaku sekitar jam
8.30 pagi itu, sebatang tiang besi penghadang tiba-tiba tumbang lalu
menghempap bahagian hadapan kenderaan jenis pelbagai guna (MPV) milik mangsa iaitu seorang wanita berusia lewat 50-an yang ketika itu dalam perjalanan keluar dari feri.

Walaubagaimanapun mangsa dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Sejurus menerima berita kejadian, Julaihi bergegas ke lokasi kejadian
bersama-sama Setiausaha Tetap Kementerian MIPD, Datu Haji Safri Haji
Zainuddin serta pegawai-pegawai dari JKR Sarawak; Lembaga Sungai Sarawak (LSS) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB).
« PREV
NEXT »

No comments