BERITA MUTAKHIR
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Kantoi angkut pekerja kilang ayam positif Covid-19



SUNGAI PETANI: Sebuah kilang pemprosesan ayam di Sungai Lalang, Bedong, didapati membenarkan sekumpulan pekerja yang positif Covid-19 menaiki lori beramai-ramai sebelum ditahan petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, seramai 48 pekerja yang baharu dipakaikan gelang merah jambu didapati menaiki lori untuk pulang ke asrama penginapan mereka.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah, berkata terdahulu video dan beberapa gambar sebuah lori tular di media sosial menyebabkan pihak polis berusaha mengesannya.

"Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda kemudian mengesan lori itu sebelum berjaya menahannya ketika sedang dalam perjalanan pulang ke Sungai Lalang.
"Hasil siasatan mendapati terdapat kes positif dikesan di sebuah kilang pemprosesan ayam di Sungai Lalang, Bedong dan 135 pekerjanya diarah ke Pusat Kesihatan Daerah (PKD) Kuala Muda bagi dipakaikan gelang merah jambu.

"Dipercayai majikan kilang berkenaan mengatur tiga kali perjalanan lori terbabit untuk membawa semua 135 pekerja yang positif COVID-19," katanya dalam kenyataan malam tadi.

Difahamkan, orang ramai yang menyaksikan tindakan lori membawa pekerja terbabit bertindak merakam video dan gambar, menyebabkan kemarahan dalam kalangan penduduk tempatan.

Adzli berkata, lori yang ditahan kereta peronda polis itu membawa kumpulan terakhir pekerja kilang untuk pulang ke asrama.

"Seramai 48 pekerja kilang berada dalam lori itu dikesan positif COVID-19 dengan keadaan tangan bergelang merah jambu dan diarah dikuarantin di asrama.

"Pemandu lori itu kemudian disaman kerana kesalahan mengikut Seksyen 23(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menggunakan lesen kenderaan memandu (LKM) bagi tujuan lain," katanya.

Pihak pengurusan kilang turut disiasat Seksyen 22 (b) Akta 342 kerana kesalahan tidak mematuhi perintah dikeluarkan pegawai yang diberi kuasa dan Seksyen 270 Kanun Keseksaan kerana perbuatan cuai yang mungkin merebakkan jangkitan penyakit berbahaya kepada nyawa
« PREV
NEXT »

No comments