BERITA MUTAKHIR
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Kampung Sinar Budi Baru PKPD esok, 40 kes positif

KUCHING: Kampung Sinar Budi Baru akan dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Daerah (PKPD) mulai esok.

Ketua Kampung Sinar Budi Wain Sulaiman berkata, PKPD dilaksanakan susulan arahan Kementerian Kesihatan Malaysia, Pejabat Daaerah dan MKN kerana terdapat 40 kes terdapat di kampung berkenaan.

"PKPD dilaksanakan hingga 23 Jun. Diminta penduduk Kampung Sinar Budi Baru mengikut arahan SOP dan bekerajasma dengan pihak berwajib," katanya dalam kenyataan.

Sementara itu Jabatan Kesihatan Negeri mengiystiharkan Kluster Kampung Sinar Budi Baru merupakan satu kluster 
komuniti yang dikesan melibatkan tiga buah keluarga di Kampung Sinar Budi Baru Kuching melalui pergaulan sosial dan 
kontak rapat dalam kalangan ahli-ahli dalam tiga buah keluarga tersebut. 

Beliau berkata, sejumlah 38 individu telah disaring, 19 kes telah dikesan positif COVID-19 termasuk kes indeks dan 19 kes didapati negatif.

"Kesemua kes positif COVID-19 ini telah dirujuk ke Hospital Umum Sarawak dan Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) serta 
dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak, PKRC di daerah Kuching bagi tujuan pengasingan dan rawatan lanjut," katanya.
« PREV
NEXT »

No comments