BERITA MUTAKHIR
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Jumpa Agong, siapa empun cerita?

KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mengesahkan, tidak mengetahui berhubung dakwaan Yang di-Pertuan Agong akan memanggil presiden parti utama menghadap dalam masa terdekat bagi membincangkan isu penamatan proklamasi darurat.
"Di mana anda mendengarnya? Saya tidak tahu apa-apa mengenainya,” katanya ketika ditanya mengenai perkara itu pada sidang media sempena pelancaran bantuan bekalan makanan Sarawakku Sayang di Masjid Darul Ehsan, Kampung Haji Baki di sini hari ini.
Sebuah portal melaporkan Yang di-Pertuan Agong akan bertemu dengan pemimpin-pemimpin politik utama di negara ini pada esok hingga Jumaat (9 hingga 11 Jun ini).
Dilaporkan Yang di-Pertuan Agong dijangka bertemu Presiden Bersatu yang juga Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam sesi pertama, diikuti parti-parti lain yang mempunyai perwakilan dalam Dewan Rakyat.
Straits Times Singapura juga melaporkan semalam bahawa pemimpin parti utama dilaporkan akan mengadakan mesyuarat tergempar minggu depan untuk membincangkan keadaan Covid-19 dan keadaan Darurat di negara ini.
« PREV
NEXT »

No comments