BERITA MUTAKHIR
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

JBPM terbangkan barang makanan ke Long Lamai

MIRI: Jabatan Bomba dan Penyelamat Miri (JBPM) melakukan penghantaran barangan makanan menggunakan helikopter ke Long Lamai hari ini.
Pusat Gerakan Operasi Bomba berkata,penghantaran makanan terbabit dilakukan melalui dua penerbangan pada sebelah pagi dan tengahari.
"Pada sebelah pagi sebanyak 850 kilogram barang makanan dihantar manakala penerbangan tengahari pula sebanyak 800 kilogram barang makanan dihantar," katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, jumlah keseluruhan barang makanan yang telah dihantar adalah sebanyak 1,650 kilogram.
"Penerbangan seterusnya bagi penghantaran barang makan ke kawasan itu akan dilaksanakan pada keesokan hari," ujarnya.
« PREV
NEXT »

No comments