BERITA MUTAKHIR
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Hentikan program G2G Ba'Kelalan

KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ba'Kelalan, Baru Bian menggesa Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) menghentikan program pembekalan makanan dan bahan binaan di bawah perjanjian dua hala antara Malaysia dan Indonesia di sempadan Ba' Kelalan.

Menurutnya, tindakan tersebut perlu diambil bagi menjaga keselamatan nyawa penduduk tempatan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Katanya, kebimbangan penduduk ialah jumlah kes positif COVID-19 yang meningkat dan belum ada penduduk yang menerima vaksinasi COVID-19

"Dimaklumkan bahawa penghantaran barang yang lain dijadualkan pada 11 hingga 12 Jun 2021 di sempadan antara Ba'Kelalan dan Long Midang (Krayan, Indonesia) akan disaksikan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Henry Sum Agong.

"Saya telah menerima salinan surat bertarikh 3 Jun 2021 yang ditandatangani oleh 61 orang penduduk Ba ’Kelalan yang menyatakan bantahan mereka terhadap kegiatan yang dijadualkan ini," katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Menurutnya, jika ia insiatif hubungan antara kerajaan (G2G) barangan yang dihantar harus menggunakan kenderaan kerajaan dan dikendalikan kakitangan serta pegawai kerajaan.

"Saya dimaklumkan bahawa beberapa pemilik perusahaan swasta 'dilantik' atau diluluskan oleh Pejabat Residen untuk menghantar barangan keperluan asas termasuk simen, batang besi dan bahan binaan lain.

"Persoalannya mengapa bahan-bahan binaan? Jika kita bercakap mengenai keperluan asas dan persoalan lebih besar di sini adalah, mengapa penghantaran ini dilakukan semasa PKP?

"Masyarakat di Ba'Kelalan sangat bimbang kerana mereka masih belum menerima vaksinasi dan mereka tidak yakin pengawal mempunyai kawalan ketat terhadap pergerakan mereka yang merentasi sempadan selama dua hari berkenaan," katanya.

Baru juga mendakwa malahan ada individu merentasi sempadan dari Indonesia untuk mendapatkan barangan mereka dan bagaimana untuk memastikan mereka bukan pembawa kepada virus COVID-19.

Katanya seperti dinyatakan sebelum ini kawalan semasa amalan pergerakan terdahulu turut menyaksikan kelemahan dimana sebelum ini warga Indonesia dilihat datang ke bandar Lawas untuk membeli belah.

Sehubungan itu katanya, JPBNS harus berwaspada dan segera menghentikan program demi keselamatan dan nyawa penduduk Lawas yang berisiko.'

"Jadual yang dilampirkan pada surat dari penduduk menunjukkan jangka waktu bagi warga Indonesia untuk mengambil barangan adalah dari jam 10 pagi pada 11 Jun hingga 6 petang 12 Jun," katanya.
« PREV
NEXT »

No comments