BERITA MUTAKHIR
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Hanya sektor pembinaan kritikal dibenarkan

KUCHING: Semua sektor pembinaan tidak dibenarkan untuk beroperasi kecuali kerja-kerja pembinaan dan penyelenggaraan kritikal di tapak binaan yang telah disenaraikan dalam prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Kerja pembinaan dimaksudkan sekiranya tidak boleh diteruskan boleh mendatangkan bahaya atau kemudaratan kepada orang awam dan persekitaran. 
Pengarah Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) Dr Morshidi Ahmad berkata, sehubungan itu, semua pihak dikehendaki mematuhi SOP PKP yang telah dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara dan juga arahan dari Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak dari semasa ke semasa.  

"Adalah dimaklumkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 1 Jun 2021 sehingga 14 Jun 2021, semua sektor pembinaan TIDAK DIBENARKAN untuk beroperasi kecuali kerja kerja pembinaan dan penyelenggaraan kritikal di tapak binaan yang telah disenaraikan dalam SOP PKP sekiranya tidak boleh diteruskan boleh mendatangkan bahaya atau kemudaratan kepada orang awam dan persekitaran," katanya.
« PREV
NEXT »

No comments