BERITA MUTAKHIR
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

GPS setuju tiga langkah perangi Covid-19

KUCHING: Gabungan Parti Sarawak (GPS) bersetuju dengan tiga faktor penting dalam memerangi penularan pandemik Covid-19.

Parti komponen GPS iaitu PBB, PRS, SUPP dan PDP dalam kenyataan bersama berkata, tiga faktor tersebut antaranya program vaksinasi akan dipercepatkan dan diselesaikan pada bulan Ogos untuk mencapai sasaran proses imunisasi kelompok.
Menurutnya, dengan adanya kerajaan yang kuat dan stabil ia penting bagi memastikan pelaksanaan program Covid-19 dan kemakmuran ekonomi serta Pelaksanaan Pelan Ekonomi pasca COVID-19.

"Seperti yang dijadualkan, Yang di-Pertuan Agong hari ini menerima  presiden parti komponen GPS iaitu PBB, PRS, SUPP dan PDP masuk menghadap.
"Keempat-empat presiden menghadap bersama-sama dengan Seri Paduka Baginda melalui sidang video dari Pejabat Ketua Menteri di Kuching.

"Kami, sebagai pemimpin PRS, SUPP dan PDP sepenuhnya setuju dengan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Datuk Abang Haji Openg, ketua GPS, mengenai tiga faktor penting dalam memerangi COVID-19 dan perkembangan ekonomi yang disampaikan kepada YDP Agong semasa sesi tersebut," katanya.
« PREV
NEXT »

No comments