BERITA MUTAKHIR
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Empat mati, 631 kes baharu

KUCHING: Sarawak mencatatkan 631 kes baharu dan empat kes kematian baharu akibat COVID-19 hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Datuk Douglas Uggah berkata, sejumlah 387 atau 61.33 peratus daripada jumlah kes ini telah dikesan di lima buah daerah iaitu di Daerah Kuching, Miri, Sri Aman, Sibu dan Tatau.

"Daerah-daerah yang merekodkan kes pada hari ini ialah daerah Kuching (105), Miri (102), Sri Aman (71), Sibu (55), Tatau (54), Kapit (37), Subis (36), Bintulu (28), Samarahan (24), Telang Usan (23), Serian (22), Song (19), Lubok Antu (10), Dalat (9), Mukah (9), Bau (5), Asajaya (5), Sebauh (5), Selangau (3), Tanjung Manis (2), Sarikei (2), Julau (1), Lawas (1), Beluru (1), Simunjan (1) dan Meradong (1). Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes telah
meningkat kepada 53,631," katanya dalam kenyataan media.

Beliau berkata, daripada 631 kes baharu yang dilaporkan, seramai 77 orang telah
menunjukkan tanda dan mengalami gejala jangkitan COVID-19 semasa saringan dijalankan.

Beliau berkata, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak telah mengisytiharkan dua (2)
kluster baharu iaitu Kluster Bali Pie, Subis dan Kluster Jalan
Samarakan, Tatau.
« PREV
NEXT »

No comments