BERITA MUTAKHIR
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Desakan hidup sanggup ‘curi masuk’ sempadan

KUCHING: Desakan hidup impak daripada pandemik Wabak Covid-19 serta mahu bekerja antata faktor warga asing sanggup menyelinap masuk menerusi laluan tikus.

Ia antara alasan yang diberikan mereka apabila ditangkap meskipun menyelinap masuk ke negeri ini agak tipis.
Seramai 14 pendatang asing tanpa izin diusir ketika cuba menyeludup masuk menerusi jalan tikus di sempadan Sarawak-Kalimantan Barat Indonesia bermula awal Jun hingga Sabtu lalu.

Mereka diusir semula oleh anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) yang bertugas di sempadan menerusi Op Benteng.

Markas Divisyen Pertama Infantri Malaysia (1 Div) berkata, tangkapan terbaharu pada 12 Jun sekitar jam 10.30 pagi apabila tiga warga Indonesia dikesan berjalan kaki menuju ke arah sempadan kira-kira dua kilometer dari Malaysia telah diusir semula oleh pasukan yang bertugas di Sektor Ladang Dafa.

"Manakala kes tertinggi pada 11 Jun sekitar jam 1.15 pagi di mana enam Pati termasuk seorang wanita telah diusir balik semula ke Indonesia di Sektor Tebedu," katanya dalam kenyataan.

ATM sentiasa komited dan tidak akan berkompromi dalam menggalas tanggungjawab meneruskan inisiatif Op Benteng demi memastikan aktiviti menyelinap masuk Pati dan jenayah di sempadan dapat dibendung.

“Tentera Darat Malaysia senantiasa bersedia mengawal sebilang masa dan meningkatkan lagi kesiagaan serta tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba melakukan jenayah dan membolosi sempadan Negara,”katanya.
« PREV
NEXT »

No comments