BERITA MUTAKHIR
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Datang terlalu awal, punca pusat vaksin sesak

MIRI: Gagal mematuhi waktu temujanji menyebabkan berlakunya kesesakan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Dato Permasuri, Permyjaya hari ini.

Malah, ada yang menerima temujanji suntikan vaksin pada jam 11 dan 12 tengah hari namun datang jam 8 hingga 9 pagi.
 
Menteri Pengangkutan Sarawak yang juga Menteri Bertanggungjawab Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Miri, Datuk Lee Kim Shin berkata, kesesakan disebabkan kekeliruan di kalangan individu yang hadir dan tidak mematuhi waktu janji temu mereka.

Menurutnya, dia berbincang dengan pegawai perubatan untuk memperbaiki sistem dan menambah kanopi untuk ruang menunggu.
Beliau turut mengingatkan orang ramai tidak datang terlalu awal untuk program vaksinasi.

"Datang 15 hingga 30 minit lebih awal sudah mencukupi. Waktu vaksinasi adalah dari pukul 8 pagi hingga 8 malam," ujarnya.
« PREV
NEXT »

No comments