BERITA MUTAKHIR
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Bunuh anak, teman lelaki ibu masih ditahan



BETONG: Teman lelaki kepada ibu kanak-kanak berusia dua tahun dipercayai didera sehingga meninggal dunia masih ditahan.

Bagaimanapun, ibu mangsa, abang suspek dan ibu suspek yang ditahan sebelum ini telah dibebaskan. 

Ketua Polis Daerah Betong Deputi Superintendan Zamry Alli berkata, kertas siasatan akan dilengkapkan secepat mungkin dan suspek akan dibawa ke hadapan Timbalan Pendakwaraya untuk arahan seterusnya.

"Suspek yang masih ditahan dalam lokap IPD Betong adalah teman lelaki ibu mangsa," katanya dalam kenyataan hari ini. 

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. 

Zamry berkata, bedah siasat ke atas mangsa telah dijalankan malam tadi dan siasatan hampir selesai. 

Pada 6 Jun lalu, mangsa dilaporkan meninggal dunia dipercayai didera, dengan kesan lebam di badan.

« PREV
NEXT »

No comments