BERITA MUTAKHIR
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Bunuh anak, 4 ditahan

BETONG: Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun meninggal dunia dengan kesan kecederaan dan lebam dibeberapa bahagian badan dipercayai mangsa dera keluarganya.

Ketua Polis Daerah Betong, DSP Zamry Alli berkata, pihak polis dimaklumkan oleh seorang Pegawai Perubatan dari hospital Betong seorang kanak-kanak lelaki meninggal dunia disyaki didera jam 3.45 petang tadi.

"Bertindak atas maklumat tersebut, pihak polis telah pergi ke hospital terbabit bagi mengesahkan perkara itu.

"Kanak-kanak malang itu dihantar oleh keluarganya pada jam 3 petang ke hospital Betong," katanya dalam kenyataan malam ini.

Katanya, hasil pemeriksaan Pegawai Perubatan mendapati terdapat beberapa kesan kecederaan dan lebam di beberapa bahagian badan kanak-kanak tersebut yang berkemungkinan telah menyebabkan punca kematian.

"Pihak polis telah membuat tangkapan ke atas empat orang ahli keluarga kanak-kanak tersebut yang berumur lingkungan 22 himgga 65 tahun termasuk ibu bapa kepada kanak-kanak tersebut.

"Siasatan dijalankan di bawah Seskyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan jika disabitkan kesalahan akan dihukum mati," katanya.

Zamry berkata,kesemua suspek akan dibuat permohonan reman untuk siasatan selanjutnya.

"Kita memohon orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi yang tidak tepat berkaitan kes ini.

"Serahkan kepada pihak polis untuk melakukan siasatan secara menyeluruh
bagi mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab,"katanya.
« PREV
NEXT »

No comments