BERITA MUTAKHIR
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Bom buatan sendiri meletup, seorang maut, seorang cedera parah

MERADONG: Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera parah selepas bahan dipercayai bom buatan sendiri untuk tujuan memburu binatang liar di dalam hutan tiba-tiba meletup ketika mereka menunggang motosikal di jalan menuju ke rumah panjang Mandau, Jalan Sungai Pidi Bakong, di sini, petang semalam.

Penunggang motosikal berusia 23 tahun beralamat di rumah Suring, Sungai Pidi, Bakong, mati di tempat kejadian manakala pembonceng berusia 53 tahun, beralamat di rumah Kedawang, Batu Gerugo, Sungai Merurun, Julau, mengalami kecederaan parah di kaki dan paha telah dikejarkan ke hospital Sarikei untuk mendapat rawatan selanjutnya dalam kejadian jam 6.24 petang itu.
Ketua Polis Daerah Maradong, Deputi Superintendan Sekam Anoi berkata,pihak polis menerima panggilan daripada orang awam memaklumkan terdengar satu bunyi letupan yang kuat di jalan menuju ke rumah panjang berkenaan.

"Siasatan polis di tempat kejadian mendapati letupan dipercayai disebabkan oleh letupan motosikal di bahagian bakul depan dan tangki motosikal yang ditunggang oleh seorang lelaki dan seorang lagi pembonceng sehingga menyebabkan kematian dan kecederaan parah. 
"Siasatan juga masih dijalankan untuk mengenal pasti jenis dan cara buatan bahan letupan dipercayai buatan sendiri untuk tujuan memburu binatang liar di dalam hutan,"katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya,pihak polis memandang serius perbuatan berbahaya itu bukan sahaja membahayakan nyawa diri, malah orang ramai. 

"Tindakan tegas akan diambil supaya perbuatan seperti ini dapat dibendung daripada terus berlaku. 

"Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 6, Akta Bahan Letupan 1957," tegasnya.
« PREV
NEXT »

No comments