BERITA MUTAKHIR
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Bekalan elektrik putus punca sesak

KUCHING: Masalah bekalan elektrik terputus sementara menyebabkan puinca kesesakan betlaku di Pusat Pemberian Vaksin di Stadium Perpaduan hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Datuk Douglas Uggah berkata, pihaknya memandang serius akan perkara ini dan telah mengenal pasti punca 
masalah dan mengatasi kelemahan sistem yang diguna pakai serta
mengambil tindakan seterusnya.

"Oleh itu JPBN ingin memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi orang 
ramai di Pusat Pemberian Vaksin di Stadium Perpaduan, Petra Jaya Kuching 
pada hari ini. 

"Kerjasama dan sokongan daripada orang ramai bagi 
menjayakan Program Vaksinasi ini amatlah dihargai," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, sesiapa yang telah diberikan masa temu janji dipohon untuk hadir ke Pusat
Pemberian Vaksin (PPV) mengikut masa yang telah ditetapkan dalam
aplikasi MySejahtera bagi mengelakkan kesesakkan.
« PREV
NEXT »

No comments