BERITA MUTAKHIR
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Astrazeneca hingga 9 Jun?

KUCHING, 6 Jun (Bernama) -- Pemberian suntikan vaksin AstraZeneca kepada mereka yang secara sukarela memilih vaksin itu menerusi tempahan janji temu sebelum ini, akan dibuat bermula esok hingga 9 Jun ini. 

Tinjauan Bernama di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK) di sini, yang merupakan antara pusat pemberian vaksin (PPV) AstraZeneca di Sarawak, mendapati persiapan sedang giat dijalankan.

Selain di BCCK, PPV khas buat vaksin AstraZeneca turut dibuka di Pusat Kemahiran Belia Negara di Miri.

Pada 26 Mei lalu, satu juta slot dalam pusingan kedua tempahan janji temu vaksin AstraZeneca bagi rakyat Malaysia berusia bawah 60 tahun habis dalam tempoh 90 minit.

Berikutan sambutan memberangsangkan orang ramai terhadap vaksin itu, kerajaan pada 27 Mei lalu telah memasukkan kembali vaksin tersebut ke dalam senarai vaksin arus perdana Program Imunisasi Kebangsaan COVID-19.

Sebelum ini, kerajaan memutuskan untuk melaksanakan kaedah sukarela atau ‘opt-in’ apabila melihat ada keengganan dalam kalangan masyarakat untuk menerima vaksin AstraZeneca disebabkan laporan berita mengaitkan vaksin itu dengan kes pembekuan darah.

-- BERNAMA 

« PREV
NEXT »

No comments