BERITA MUTAKHIR
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

76 kluster masih aktif, 600 kes, 4 kematian

Gambar Hiasan

KUCHING: Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak telah mengisytiharkan lima 
kluster tamat dan 76 kluster masih aktif setelah tiada kes baharu dikesan atau dilaporkan dalam tempoh 28 hari melibatkan kluster. 

Kluster berkenaan ialah Kluster Sungai Kawi, Meradong; Kluster Ulu Balingian, Selangau; Kluster Sungai Rian, Meradong; Kluster Sungia Lemayong, Meradong dan Kluster Sungai Senibung, Julau.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Datuk Douglas Uggah berkata, Sarawak mencatatkan 600 kes baharu dan empat kes kematian dilaporkan akibat jangkitan COVID-19 hari ini.

Menurutnya, sejumlah 321 atau 53.50 peratus daripada jumlah kes ini telah dikesan di Daerah Kuching, Sibu dan Bintulu.

"Daerah-daerah yang merekodkan kes pada hari ini ialah Daerah
Kuching (113), Sibu (107), Bintulu (101), Miri (72), Sri Aman (39), 
Kapit (26), Tatau (26), Pakan (19), Samarahan (15), Sebauh (12), 
Subis (11), Betong (11), Serian (9), Meradong (9), Bau (8), Bukit 
Mabong (4), Asajaya (4), Mukah (4), Julau (2), Pusa (2), Lawas (2), 
Daro (1), Kanowit (1), Sarikei (1) dan Marudi (1).

"Daripada 600 kes baharu yang dilaporkan, seramai 51 orang telah menunjukkan tanda dan mengalami gejala jangkitan COVID-19 semasa saringan dijalankan," katanya.
« PREV
NEXT »

No comments