BERITA MUTAKHIR
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

744 kes baharu, lima kematian

KUCHING: Sarawak mencatatkan peningkatan iaitu 744 kes baharu dan lima kes kematian melibatkan jangkitan COVID-19 dilaporkan.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Datuk Douglas Uggah berkata, sejumlah 413 atau 55.51 peratus daripada jumlah kes ini telah dikesan di 
lima buah daerah iaitu di Daerah Kuching, Bintulu, Tatau, Sibu dan Kapit.

"Daerah-daerah yang merekodkan kes pada hari ini ialah daerah Kuching (121), Bintulu (103), Tatau (74), Sibu (63), Kapit (52), Sarikei (47), Subis (45), Song (44), Sri Aman (31), Meradong (26), Tanjung Manis (22), Lubok Antu (20), Miri (20), Lundu (16), Mukah (13), Telang Usan (11), Serian (6), Samarahan (5), Bukit Mabong (4), Pakan (4), Bau (3), Kanowit (3), Tebedu (3), Julau (2), Dalat (2), Selangau (1), Sebauh (1), Betong (1) dan Beluru (1)," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, daripada 744 kes baharu yang dilaporkan, seramai 61 orang telah 
menunjukkan tanda dan mengalami gejala jangkitan COVID-19 semasa saringan dijalankan.

Katanya, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak telah mengisytiharkan dua kluster baharu iaitu Kluster Sungai Sentebu, Sarikei dan Kluster 
Ulu Sangan, Tatau.
NEXT »

No comments