BERITA MUTAKHIR
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

703 kes positif, empat kematian baharu



KUCHING: Sarawak mencatatkan 703 kes baharu dan empat kes kematian baharu melibatkan jangkitan COVID-19 hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Datuk Douglas Uggah berkata, sejumlah 346 atau 49.21 peratus daripada jumlah kes ini telah dikesan di Daerah Kuching, Miri dan Tanjung Manis.

Beliau berkata, daripada 703 kes baharu yang dilaporkan, seramai 39 orang telah menunjukkan tanda dan mengalami gejala jangkitan COVID-19 semasa saringan dijalankan.

"Daerah-daerah yang merekodkan kes pada hari ini ialah Daerah Kuching (139), Miri (139), Tanjung Manis (68), Kapit (58), Sibu (55), Bintulu (52), Song (49), Samarahan (25), Kabong (17), Sebauh (16), Beluru (16), Subis (9), Kanowit (8), Tatau (8), Mukah (7), Asajaya (6), Selangau (6), Sri Aman (5), Telang Usan (4), Dalat (3), Serian (3), Marudi (3), Bukit Mabong (2), Sarikei (2), Meradong (2) dan Betong (1)," katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak telah mengisytiharkan empat kluster baharu iaitu dua (2) di daerah Miri, satu (1) di daerah Sebauh dan satu (1) kluster di Daerah Sibu.

« PREV
NEXT »

No comments