BERITA MUTAKHIR
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

469,000 dos vaksin tiba dua hari lagi



KUCHING: Sarawak akan menerima ketibaan lebih 469,000 vaksin jenis Sinovac dan Pfizer dalam tempoh dua hari akan datang.

Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, kerajaan meletakkan sasaran satu juta dos pada Jun seterusnya pada Julai dan Ogos.

“Vaksin (Sinovac dan Pfizer) akan datang pada 9 Jun sebanyak 380,000 dos seperti yang dimaklumkan oleh Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Khairy Jamaluddin yang akan kita hantar ke Miri dan 89,360 dos lagi akan datang pada 10 Jun ini," katanya selepas melawat ke pusat pemberian vaksin AstraZeneca di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) hari ini.

Mengenai program vaksinasi AstraZeneca di Sarawak, katanya, seramai 1,400 orang menerima vaksin pada hari pertama yang dijalankan di BCCK dan PKBN Miri.

Katanya, jumlah tersebut akan ditingkatkan kepada 3,000 sehari selepas ini bagi mempercepatkan program imunisasi di Sarawak.

“Setakat ini kita berpuas hati dengan pelaksanaan proses vaksinasi di BCCK, hari ini di sini (BCCK) melibatkan 1,000 penerima dan 400 di Miri," katanya.

Beliau berkata, seramai 30,000 orang telah mendaftar untuk menerima vaksin AstraZeneca di negeri ini.
« PREV
NEXT »

No comments