BERITA MUTAKHIR
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

419 kes baharu, tiga mati

KUCHING: Sarawak mencatatkan 419 kes baharu COVID-19 dan tiga kematian hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Datuk Douglas Uggah berkata, sejumlah 294 atau 70.17 peratus daripada jumlah kes ini telah dikesan di lima buah daerah iaitu di Daerah Kuching, Bintulu, Sri Aman, Sibu dan Lubok Antu.

"Daerah-daerah yang merekodkan kes pada hari ini ialah Daerah Kuching (124), Bintulu (89), Sri Aman (28), Sibu (27), Lubok Antu (26), Subis (16), Miri (15), Kapit (13), Samarahan (12), Song (11), Asajaya (11), Selangau (6), Matu (6), Bau (4), Tatau (4), Kanowit (3), Serian (3), Lawas (3), Tebedu (3), Sebauh (3), Sarikei (2), Lundu (2), Meradong (2), Dalat (2), Beluru (2), Kabong (1) dan Bukit Mabong (1).

"Daripada 419 kes baharu yang dilaporkan, seramai 47 orang telah menunjukkan tanda dan mengalami gejala jangkitan COVID-19 semasa saringan dijalankan," katanya menerusi kenyataan.

Beliau berkata, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak telah mengisytiharkan dua  
kluster baharu iaitu Kluster Kampung Hilir Lingga, Sri Aman dan Kluster Kampung Sinar Budi Baru, Kuching.
« PREV
NEXT »

No comments