BERITA MUTAKHIR
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

41 ditangkap, enam parti liar diserbu

KUCHING: Parti liar dikesan ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Sarawak mengadakan enam serbuan Ops Parti Liar bermula 29 Mei lalu sekali gus menahan 41 individu termasuk 10 warga asing.

Kejayaan serbuan dilakukan melibatkan kerjasama Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Kuching dan Padawan. 

Malah, penganjuran parti-parti liar itu didapati berlaku memandangkan pusat-pusat hiburan tidak dibenarkan beroperasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan 3.0.

Modus operandi parti liar yang diadakan secara bersembunyi di pusat hiburan dan kediaman dengan antara alasan sambutan hari jadi bagi mengaburi pihak berkuasa.

Selain itu, pengedar dadah menggunakan parti liar sebagai platform menjual narkotik sekali gus trend penyalahgunaan dadah kini telah dikenal pasti bertukar kepada penganjuran parti-parti liar diadakan secara peribadi bagi mengelakkan aktiviti mereka dikesan.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail berkata, hasil enam serbuan berjaya menahan seramai 27 lelaki dan 14 wanita berusia lingkungan 18 hingga 40 tahun dengan pelbagai kesalahan dadah.

Dalam serbuan tersebut, dua kes di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, tiga kes di bawah Seksyen 39A(2) ADB 1952, tiga kes di bawah Sek 12(2) dan 24 kes di bawah Seksyen 15(1)(a) 1952.

"Polis berjaya merampas dadah iaitu dua biji pil ekstasi, ketamin 9.5 gram, Erimin 5 sebanyak tiga biji dan serbuk jus campuran Ekstasi sebanyak 409.65 gram," katanya pada sidang media di Bilik Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak hari ini.

Beliau berkata, hasil keseluruhan nilai rampasan dadah mencecah RM7,000 dengan anggaran boleh menampung 105 orang penagih.

Kesemua kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
« PREV
NEXT »

No comments