BERITA MUTAKHIR
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

384 ribu dos vaksin Sinovac tiba


KUCHING - 384 ribu dos vaksin Sinovac tiba hari ini di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, Sarawak sebentar tadi.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak, Dr Sim Kui Hian ketika dihubungi jumlah itu hampir menyamai keperluan semiggu yang dijanjikan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia, Khairy Jamaluddin.


Dr Sim berkata Sarawak mempunyai keupayaan untuk menyimpan 1 juta dos vaksin Sinovac dan keupayaan untuk meningkatkan vaksinasi hingga 50,000 dos sehari. 

"Dengan ketibaan stok dalam jumlah besar hari ini, usaha memerangi Covid-19 membolehkan penyertaan lebih banyak doktor klinik swasta, Hospital Swasta, Klinik Kesihatan, Hospital Umum dan Pusat Vaksinasi (KKM dan Swasta)," kata Dr Sim.


Pada masa yang sama, sesi memvaksin pilihan sukarela AstraZeneca telah dimulakan dengan lancar memasuki hari ketiga di Sarawak. Pada tiga hari pertama, ia melibatkan 1,000 orang individu dan akan meningkat hingga lebih dari 3,000 sehari mulai esok.

Dr Sim merayu rakyat Sarawak supaya mengambil berat tentang temujanji suntikan vaksin.


"Jangan terlepas temu janji vaksinasi anda melalui MySejahtera," nasihat beliau.

Da berkata kerajaan Sarawak akan terus membantu Kerajaan Persekutuan Malaysia dalam memberi vaksin kepada rakyat Sarawak. 


"Kita akan mulakan kecil dan naikkan skala dengan secepat mungkin," katanya merujuk kepada inisiatif tiga hari pertama di sesetengah PPV cuma melibatkan 1,000 orang sebelum dinaikkan menjadi 3,000 selepas semua sistem berjalan lancar.

« PREV
NEXT »

No comments