BERITA MUTAKHIR
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

3,000 dos untuk Batang Sadong


SIMUNJAN: Pemberian suntikan vaksin Covid-19 bagi dos pertama kepada barisan hadapan, warga emas dan yang berisiko tinggi di Batang Sadong akan bermula pada 14 hingga 19 Jun ini. 

Dua Pusat Pemberian Vaksin (PPV) akan dibuka di daerah Simunjan bertempat di Dewan Mesra Simunjan dan RTC Munggu Lalang, Gedong. 

Bagi penerima suntikan vaksin dari Sadong Jaya, PPV mereka adalah di Kompleks Sukan Asajaya. 

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya merangkap Ahli Parlimen Batang Sadong, Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri berkata, sejumlah 3,000 dos vaksin disediakan bagi daerah Simunjan dengan sasaran 600 penerima sehari di Dewan Mesra Simunjan manakala seramai 250 penerima pula di RTC Munggu Lalang, Gedong. 

"Saya mengesa masyarakat Batang Sadong yang telah ditentukan tarikh dan masa temujanji mereka untuk hadir mengambil suntikan di tempat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang telah ditentukanm" katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, jangan mudah percaya dengan dakwaan tidak benar mengenai vaksin yang digembar gembur oleh pihak-pihak tertentu kerana vaksin yang dibeli telah diuji secara klinikal dan adalah selamat. 

"Saya juga memohon semua penerima suntikan vaksin untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

"Gunalah pelitup muka sebaik keluar rumah, elak berada di tempat yang sesak dan sempit serta elak juga daripada berbual dan bersembang dalam jarak yang dekat," katanya. 

Beliau berkata, orang ramai perlu mengambil sarapan dan membawa rekod kesihatan atau senarai ubat yang diambil pada masa kini untuk perhatian petugas kesihatan.
« PREV
NEXT »

No comments